Analisis Prof. Dan Slatter Bukti SAMM Berada Pada Garis Tepat

3:35 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Umum
7 Ogos 2015

Analisis Prof. Dan Slatter Bukti SAMM Berada Pada Garis Tepat

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyambut baik tulisan Professor Dan Slatter, professor Sains Politik dari Universiti Of Chicago bertajuk Malaysia's Mess Is Mahathir Made yang dikeluarkan oleh East Asia Forum. Rujuk http://www.eastasiaforum.org/2015/07/29/malaysias-mess-is-mahathir-made/

SAMM semenjak dari awal Kempen ‪#‎SudahlahMahathir‬ telah menyatakan segala kecelaruan urustadbir negara hari ini adalah terhasil daripada tangan kotor Mahathir. Analisis Professor Dan Slatter ini akhirnya secara tidak langsung telah membuktikan kewajaran ini.

Mahathir adalah watak yang telah pun membenihkan amalan korupsi dan naungan politik-ekonomi (politic-economic patronage) yang sehingga ini telah menghancurkan keseluruhan sistem dalam negara ini. SAMM juga konsisten dengan pendirian bahawa Najib harus menjawap semua persoalan kecurangan urustadbir hari ini tetapi masyarakat umum perlu sedar bahawa amalan politik wang dan naungan politik ini bermula semenjak Mei 1946 lagi iaitu ketika UMNO itu ditubuhkan lagi. Dan diburukkan lagi dengan kemunculan Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

Justeru itu, SAMM tidak pernah sesekali bersetuju dengan idea menurunkan Najib untuk digantikan dengan seorang lagi pemimpin politik daripada UMNO/BN. SAMM menegaskan tuntutan untuk diwujudkan Kerajaan Sementara (Caretaker Government) meliputi semua Parti Politik bagi menyelesaikan krisis yang sedang berlaku dan mempersiapkan Malaysia untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang bersih, adil dan telus dalam tempoh maksima 18 bulan.

SAMM juga amat kecewa kerana seorang professor sains politik daripada universiti luar negara dapat memahami dengan tuntas keadaan politik tanahair tetapi ramai antara pemain lama politik oposisi terperangkap dalam impian sempit Mahathir. Yakinlah bahawa Mahathir tidak akan sesekali membenarkan negara ini diperintah selain UMNO/BN. Hentikan angan-angan di siang hari untuk bergabung dengan Mahathir bagi menyelamatkan Negara. Apa yang Mahathir sedang lakukan ini adalah semata-mata kepentingan dirinya, keluarga dan proksi-proksi yang selama ini telah menjarah hasil mahsul negara.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah
Pemikir Kaum Muda SAMM


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.