Siapa Pula Hendak Siasat Polis? - Ustaz Idris Hj Ahmad

3:58 PM 0 Comments A+ a-



Siapa Pula Hendak Siasat Polis?.
Ustaz Idris Hj Ahmad
Naib Presiden Pas
7/8/15

Jikalau Pegawai SPRM pun kena disiasat oleh polis atas tuduhan kerana membocor maklumat kes yang SPRM sedang menyiasat. Kalau begitu siapa pula hendak siasat polis jikalau dilaporkan terlibat dalam rasuah. Bukankah kedua-dua agensi ini mempunyai bidang tugas yang tersendiri. Jika ini berlaku ke manakah rakyat hendak mendapat keadilan untuk negara membenteras masalah rasuah.

Apakah maklumat yang dibocorkan itu?. Sudah tentu SPRM perlu mencari bukti yang kukuh sebelum hendak membawa kes itu ke mahkamah. Apa akan terjadi jika bukti tidak kukuh, apabila disoal oleh peguam bela. Pihak polis setakat ini menyiasat tujuh orang pegawai SPRM dan dua individu berhubung kes kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

Tidak pernah berlaku di dalam sejarah, ketika SPRM sedang menyiasat diganggu oleh pihak polis. Tunggulah sehingga kes ini selesai disiasat. Apa dosa SPRM yang siang malam melaksanakan tugas penyiasatan. Itu pun masih bergantung kepada pejabat Peguam Negara pula untuk meneliti ada atau tidak kes untuk didakwa. Kenapa pihak polis bertindak demikian?. Pelik tetapi benar. Inilah yang berlaku di dalam negaraku yang tercinta.


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.