Malaysia Menuju Negara Diktator. Selamatkan Malaysia - Fariz Musa

4:00 PM 0 Comments A+ a-



MALAYSIA MENUJU NEGARA DIKTATOR. SELAMATKAN MALAYSIA

Jingga13 Malaysia menyelar tindakan Kerajaan UMNOBN membuat tindakan drastik menukarkan secara serta merta dua orang Pegawai Kanan SPRM iaitu Datuk Bahri Mohanad Zin, Pengarah Operasi SPRM dan Datuk Rohaizad Yaakob, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Tindakan tersebut membuktikan Perdana Menteri DS Najib Razak dan Kerajaan UMNOBN sedang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara diktaktor demi menyelamatkan dirinya dalam isu Skandal 1MBD yang sudah tidak mampu dibendung lagi.

Tidak cukup mengarahkan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Pesuruhjayà SPRM bercuti, DS Najib Razak menggunakan PDRM mereman, menyiasat dan mengeledah para penyiasat SPRM dengan cara yang hina, kini bertindak menukarkan dua orang pegawai kanan SPRM tersebut ke JPM membuktikan DS Najib Razak semakin terdesak dan tertekan.

Jingga13 Malaysia percaya segala tindakan yang dilakukan semata-mata untuk menyelamatkan beliau ekoran kebocoran dokumen draf pendakwaan dalam isu melibatkan RM 2.6 billion wang 1MDB yang masuk ke akaun peribadi beliau. Walaupun dengan alasan ianya adalah sumbangan penderma tetapi berdasarkan kepada tindakan-tindakan yang diambil, alasan tersebut merupakan pembohongan semata-mata bagi tujuan menutup isu tersebut.

Rakyat Malaysia wajar membuka mata dan menolak segala kediktatoran yang dilakukan oleh Perdana Menteri DS Najib Razak dan memberikan sokongan kepada SPRM. Negara perlu diselamatkan dari seorang Perdana Menteri yang tiada maruah dan merupakan seorang perasuah.

Selamatkan Malaysia!

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia

8 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.