Nilai Ringgit susut 2.5% RM3.814 ke RM3.913 sejak TS Muhyiddin dipecat… - Tuan Ibrahim Tuan Man

9:04 AM 0 Comments A+ a-



Nilai Ringgit susut 2.5% RM3.814 ke RM3.913 sejak TS Muhyiddin dipecat…

Jika nilai Ringgit dijadi ukuran, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sememangnya tidak menyakinkan sesiapa.

Nilai Ringgit telah jatuh 2.5% dari RM3.814 pada 28 Julai, hari Muhyiddin dipecat ke RM3.913 (6 Ogos 2015, 10pm).

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)'s photo.

Sejak Muhyiddin dipecat, siasatan terhadap 1MDB nampaknya kian hilang momentum.

Salah seorang ketua penyiasat Pasukan Petugas Khas bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat bersama Muhyiddin.

Laporan Audit Ketua Audit Negara terhadap 1MDB kekal rahsia daripada pandangan awam, entah sampai bila.

Jawatankuasa Kira-Kira Awam Malaysia (PAC) pula dilumpuh dan mesyuarat ditangguhkan, dan oleh itu soalsiasat terhadap bos-bos besar 1MDB tidak dapat dilakukan.

Laporan berkala Pasukan Petugas Siasatan Khas tetiba hilang daripada pandangan.

Polis pula bergerak menahan para pegawai di Pejabat Peguam Negara, SPRM dan Bank Negara atas tuduhan kebocoran maklumat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan bagi kegiatan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Pesuruhjaya SPRM, juga salah seorang ketua penyiasat Pasukan Petugas Khas, tetiba bercuti.

SPRM kemudian membuat pengumuman RM2.6 bilion yang berada di akaun Perdana Menteri rupanya hasil derma. Mengapa ada orang sanggup derma RM2.6 bilion masih belum terjawab.

Selepas itu, Pasukan Petugas Siasatan Khas pula dibubarkan. SPRM terpaksa buat solat hajat kerana mereka pula yang disoalsiasat. Rakyat masih terkejut dengan kata-kata Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin: “Saya rasa pihak polis tak akan buat kerja gila begini kecuali ada pihak lain memaksa pihak polis melakukannya.”

Bank Negara pula bagai kehilangan suara. Tak pasti apa khabar Tan Sri Zeti? Rakyat pula sudah tentu berduka kerana nilai harta mereka terus susut kerana Ringgit mereka semakin kecil.

Yang pasti, hanya khabar baik buat Perdana Menteri. Rasanya hanya beliau seorang yang dapat meneruskan kerjanya bagai tiada apa yang berlaku. WSJ masih tidak disamannya.

Apa khabar Malaysia? Masihkah ada Wawasan 2020?

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
7 Ogos 2015




Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.