Masih Lagi Berkaitan Status RM2.6 BILION - Zulhazmi Shariff

11:22 AM 0 Comments A+ a-



MASIH LAGI BERKAITAN STATUS RM2.6 BILION

Sejak sehari dua lepas, kita dimaklumkan oleh SPRM bahawa duit berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia merangkap Presiden Umno merangkap Presiden Barisan Nasional merangkap suami Rosmah Mansur adalah duit penderma dari Timur Tengah.

SPRM tidak mendedahkan identiti penderma dari Timur Tengah tersebut. SPRM juga tidak mendedahkan untuk apa derma tersebut diberikan dan kepada siapa tujuan derma tersebut diberikan.


a) Adakah derma tersebut diberikan kepada Mohd Najib Tun Razak atas kapasiti peribadi beliau untuk kegunaan diri beliau anak beranak?

b) Adakah duit derma tersebut diberikan kepada Mohd Najib Tun Razak sebagai pemegang amanah kepada badan tertentu?

c) Adakah duit derma tersebut adalah untuk kegunaan Kerajaan Malaysia?

d) Adakah duit derma tersebut adalah untuk kegunaan Umno dan Barisan Nasional?

Soalan-soalan ini masih tiada sebarang jawapan dan penjelasan termasuk daripada Mohd Najib sendiri. Sepatutnya Mohd Najib keluar dari sarangnya menjelaskan kepada Malaysia status duit RM2.6 bilion tersebut. Sekarang Mohd Najib masih ke hulu ke hilir seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku.

Yang kita dengar hanya dari badut-badut Mohd Najib seperti Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin. Abdul Rahman Dahlan kata duit derma lebih selamat masuk ke akaun Najib. Khairy pula kata tak salah Najib terima derma. Kita juga dengar katanya duit RM2.6 bilion tu diguna untuk tujuan kempen PRU13 yang lepas. Itu pun hanya cakap-cakap tepi jalan yang tiada bukti konkrit seperti yang dimahukan oleh Dr Haron Din dan Haji Hadi. Selagi tiada penjelasan daripada badan yang menyiasat iaitu SPRM dan orang yang sedang disiasat iaitu Mohd Najib, maka selagi itu kita tak tahu duit RM2.6 bilion itu duit apa dan untuk tujuan apa. Apa yang kita tahu ialah duit masuk ke dalam akaun Mohd Najib dan sekarang akaun tersebut telah ditutup. Duit pun kita tak tahu ke mana pergi.

Badut-badut Najib terus cuba mengalih isu bahawa rakyat tidak perlu tahu kerana duit RM2.6 bilion itu bukan duit rakyat. Jangan sebok jaga tepi kain Najib. Itu duit Najib. Itulah yang badut-badut mahu sebutkan.

Tapi kita rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh macam badut-badut dan kebanyakan ahli Umno dan sesetengah pewalak Parti Islam. Kita perlu menyebok kerana Mohd Najib bukan tukang kebun, Mohd Najib bukan orang awam biasa. Mohd Najib ialah Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan Malaysia. Perdana Menteri semua rakyat Malaysia walau pun majoriti rakyat Malaysia tidak mahu Mohd Najib jadi Perdana Menteri. Sebagai Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib ada tanggungjawab dan perlu ada integriti sebagai pemimpin tertinggi.

Kepada Mohd Najib Tun Razak, keluarlah jelaskan kepada Malaysia semua persoalan di atas. Kepada badut-badut Mohd Najib, berhentilah menjadi badut.

BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF
07082015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.