Kunjungan Gabungan Anak Muda Pahang Ke Suruhanjaya Pencegah Rasuah Negeri Pahang.
KUNJUNGAN GABUNGAN ANAK MUDA PAHANG KE SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH NEGERI PAHANG.
Kami Gabungan Anak Muda Negeri Pahang telah membuat kunjungan ke Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia berkaitan wang derma RM2.6 bilion kepada YAB Perdana Menteri pada jam 3 petang hari ini yang diwakili oleh GPHB, AMK, SAMM dan DAPSY.
Hasil pertemuan dengan Ketua Bahagian Siasatan Negeri, beliau berkata tidak dapat memberikan apa apa ulasan buat sementara waktu ini. Namun beliau melahirkan penghargaan kepada anak muda dan seluruh rakyat Malaysia kerana prihatin dengan isu yang berlegar di negara kita.
Harapan kami Gerakan Anak Muda Harapan Baru Negeri Pahang adalah bahawa siasatan lanjut secara menyeluruh dapat dijalankan segera. Rakyat perlu diberikan penjelasan penuh berkaitan penderma dan apa hubungan YAB Perdana Menteri dengan penderma tersebut supaya kredibiliti kerajaan dan negara akan dapat dipelihara.
7 OGOS 15
Omar Tuah
Ketua Penyelaras
Gerakan Anak Muda Harapan Baru
Negeri Pahang
Sila kongsi artikel ini...