Jawapan Ke Atas Tuduhan AMANAH Perampas Aset Milik PAS Johor - Aminolhuda Hasan
JAWABAN KEATAS TUDUHAN AMANAH PERAMPAS ASET MILIK PAS JOHOR
Amanah Johor seawal penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset bagi menangani aset sepencarian semasa bersama PAS. Keanggotaan jawatankuasa ini adalah terdiri daripada kalangan peguam, perunding hartanah, profesional dan asatizah. Satu panduan telah dikeluarkan iaitu ;
1. Aset yg dlm geran tanah atas nama PAS adalah menjadi aset milik PAS.
2. Aset yg dlm geran tanah atas nama pemegang amanah bagi pihak PAS adalah menjadi aset milik PAS.
3. Aset yg dlm geran tanah masih atas nama pemilik asal dan pemilik asal tersebut telah meninggal dunia maka aset itu menjadi milik PAS.
4. Aset yg dlm geran tanah masih atas nama pemilik asal dan pemilik asal masih hidup maka tuantanah berhak untuk memberikan atau mewakafkan tanah tersebut samada kpd PAS atau AMANAH.
Bangunan yg didirikan diatas tanah adalah mengikut definisi Tanah dlm Kanun Tanah Negara (KTN) dimana bangunan yg terdapat diatas tanah adalah menjadi sebahagian drp tanah. Dengan kata lain hakmilik keatas bangunan adalah merujuk kepada pemilik tanah tersebut.
Panduan diatas jelas menunjukkan bertapa terbukanya Amanah Johor dalam penentuan pemilikan aset sepencarian ketika bersama PAS. (Secara statistiknya peluang Amanah untuk menuntut aset sepencarian bersama PAS adalah 12.5% sahaja).
Insiden yang diviralkan dalam media baru-baru ini berkaitan dengan pemilikan sebuah markas oleh Amanah di Tenggara sebenarnya tidak lari darpada panduan yang dinyatakan diatas (rujuk panduan 'd').
Penyelesaian yang dibuat oleh Amanah Pontian ke atas sebuah markas milik Amanah Pontian tetapi sanggup menjadikannya sebagai bangunan gunasama antara Amanah dan PAS menunjukan contoh keterbukaan Amanah Johor.
Adalah diharap kenyataan diatas dapat menjawab beberapa tuduhan tidak berasas yang menuduh Amanah Johor adalah perampas aset milik PAS.
YB Tn. Hj. Aminolhuda Hasan
Pengerusi AMANAH Johor
3 Oktober 2015
Sila kongsi artikel ini...