FAM, Keangkuhan adalah Kunci Kepada Kemusnahan - Tengku Mahkota Johor

11:34 PM 0 Comments A+ a-



FAM, KEANGKUHAN ADALAH KUNCI KEPADA KEMUSNAHAN

Berkenaan hak penyiaran FAM dan jadual perlawanan liga, FAM dilihat masih berdegil. Hak penyiaran semua pasukan yang bertanding masih sedikit dan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Saya berharap semua pasukan menggunakan dana dari hak penyiaran ini dengan baik dan bijak menggunakannya mengikut kemampuan. Jangan berbelanja untuk mendapatkan pemain-pemain import sahaja. Keutamaan perlu diberi kepada pemain tempatan.


Di negara-negara Eropah seperti di negara Jerman dan England, pemain akan melaporkan diri ke kem latihan empat atau lima hari sebelum perlawanan, tetapi di Malaysia pula pemain perlu melapor diri sehingga dua minggu awal sebelum perlawanan. Pemain Malaysia mempunyai purata tempoh latihan yang panjang dan dua kali ganda berbanding pemain Jerman dan England untuk membuat persiapan perlawanan antarabangsa. Ini menyebabkan liga terhenti lama dan ianya merosakkan momentum para pemain. Harus diingatkan bahawa pemain sudah cukup cergas dan mereka hanya perlu diasah dari segi taktikal bila di kem latihan kebangsaan. Apa yang berlaku sekarang, kita tidak menang tetapi sebaliknya sentiasa tewas. Jadi, lakukanlah sepertimana dilakukan oleh orang lain.

Saya berharap FAM akan memperbaiki jadual liga dan mendengar nasihat pakar yang tahu pasal bola sepak. Pemain profesional memerlukan 72 jam untuk pulih selepas perlawanan. FAM pula menjadualkan dua hingga tiga perlawanan setiap minggu dan dengan jadual sedemikian, ianya akan memberi kesan negatif kepada para pemain, lebih-lebih lagi pemain-pemain yang mewakili negara.

Kepada para penyokong tanahair, sebelum anda mengatakan apa-apa mengenai saya, adalah lebih baik anda cermin diri sendiri terlebih dahulu, kerana hanya saya seorang sahaja yang bersuara untuk hak pasukan anda, lebih dari ketua anda sendiri. Nilaikan sendiri pengecut yang hanya berdiam diri dan tidak berjuang untuk mendapatkan hak anda.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

-------


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.