Tahniah Pasukan Harimau Selatan Pertahan Juara Liga Super 2015 - Khairul Faizi

4:00 AM 0 Comments A+ a-



TAHNIAH PASUKAN HARIMAU SELATAN PERTAHAN JUARA PIALA SUPER 2015

PAS Negeri Johor mengucapkan tahniah kepada pasukan Bola Sepak Negeri Johor yang telah berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super 2015 dalam saingan terakhir Liga Super di Stadium Selayang, semalam.

Walaupun pasukan dengan jolokan nama “Harimau Selatan” ini telah berjaya ditewaskan dalam perlawanan terakhir malam tadi di Stadium Selayang di tangan pasukan Felda United namun ia tidak memusnahkan harapan rakyat Johor untuk mengekalkan piala tersebut di negeri selatan tanahair ini apabila pasukan Bola Sepak Pahang telah kecundang di Kuala Terengganu dalam satu lagi perlawanan yang berkesudahan dengan pasukan tuan rumah Terengganu berjaya mengatasi pasukan Tok Gajah.

Kemenangan ini sudah tentu datangnya daripada kesungguhan dan semangat bermain secara berpasukan, pihak pengurusan dan kejurulatihan yang komited dan sokongan seluruh rakyat Johor yang tidak berbelah bagi kepada pasukan JDT selama ini.

Semoga kejayaan ini akan diteruskan dalam saingan Piala Malaysia yang akan datang yang mana pasukan JDT telah tewas di tangan pasukan Pahang dengan keputusan sepakan penanti pada tahun lalu.

Sekian. Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Timbalan Pesuruhjaya
PAS Negeri Johor
23 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.