Sokong MB Selangor Beri Laluan SPRM Siasat DEIG - Mahfuz Omar
Kenyataan media
SOKONG YAB MB SELANGOR BERI LALUAN SPRM SIASAT DEIG.
DEIG TELUS BERBEZA 1MDB HILANG FULUS
1.Saya menyokong kenyataan YAB Azmin Ali MB Selangor yang tiada masalah untuk SPRM menyiasat DEIG. Malah saya percaya kalau AUDIT NEGARA, BANK NEGARA dan jika pihak berkuasa yang lain nak menyiasat isu DEIG yang dibangkitkan adalah pasti dialu alukan oleh YAB Azmin Ali. Ini menunjukan sikap keterbukaan MB yang telus dalam persoalan DEIG dan secara terbuka menjawab persoalan persoalan yang dibangkitkan dalam persidangan Dun baru baru ini. Saya percaya tiada halangan untuk PAC menyiasat perkara tersebut dan membentang hasil siasatan kepengetahuan sidang DUN Selangor.Malangnya Umno Bn Selangor menolak cadangan perlantikan adun Umno sebagai pengerusi PAC. Begitu terbuka dan telusnya kerajaan pakatan pembangkang di Selangor untuk melaksanakan proses semak dan imbang (chek and balance).Tidak seperti keujudan 1MDB dimana anggota kabinet sendiri tidak dimaklumkan.
AZMIN TIADA KUASA UGUT PENYIASAT
2.Kesediaan Azmin adalah suatu keberanian dan ketinggian amanah untuk melihat jika terdapat apa apa kesalahan jenayah penyelewengan dan pecah amanah perlu diambil tindakan.Walaupun beliau ialah Menteri Besar,namun agensi penyiasat seperti SPRM, BANK NEGARA,PDRM dan AUDIT NEGARA tidak perlu takut untuk menyiasat,kerana Azmin tiada kuasa nak ugut atau tukar mereka dan dipeti sejuk ke pejabat MB seperti mana dalam kes SPRM dan 1 MDB. sebab agensi penyiasat bukan berada dibawah telunjuk Azmin.Sebaliknya agensi penyiasat berada dibawah PM dan kerajaan persekutuan. Sila siasat segera jika terdapat keraguan seperti apa yang berlaku pada 1MDB.
AZMIN TIADA KUASA PECAT PEGUAM NEGARA
3.Agensi penyiasat boleh mengemukakan kertas siasatan dan cadangan tindakan kepada Peguam Negara untuk disemak timbang sebelum Peguam Negara membuat keputusan pendakwaan.Peguam Negara tak perlu takut untuk bertindak kerana Yab Azmin Ali MB Selangor tiada kuasa untuk memecat Peguam Negara seperti mana yang dilakukan olih PM terhadap Tan Sri Ghani Patail bekas AG yang dipecat dari jawatan apabila didapati bekas AG tersebut mahu mendakwa PM dalam kes yang berkaitan 1MDB.
JANGAN BERLENGAH,SIASAT DEIG BERTINDAK TERHADAP NAJIB/ 1MDB
4.Jadi agensi siasatan jangan lagi berlengah untuk menyiasat sama ada ujud unsur pecah amanah atau tidak bila YAB Azmin MB Selangor telah memberi laluan untuk siasatan. Jika agensi penyiasatan menganggap tiada apa yang perlu disiasat kerana belum ada lagi aset yang diuruskan oleh DEIG. Ini bermakna belum pun lagi ada kesalahan pecah amanah dilakukan maka buat lah kenyataan menyatakan pendirian agensi agensi siasatan masing masing untuk memahamkan pemimpin Umno yang tak dapat menbezakan isu 1MDB dengan DEIG.Yang jelas 1MDB dan Najib sudah ada kes, bila nak dakwa. AG! tolong jawab segera'.
"BERANI KERANA BENAR,
TAKUT KERANA SALAH."
Dato'Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
24 Ogos 2015/9 Zulkaedah 1436H
Sila kongsi artikel ini...