PSM Seru Rakyat Turun Ke Himpunan BERSIH 4.0

3:32 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN PSM - 21 OGOS 2015 - PSM SERU RAKYAT TURUN KE HIMPUNAN BERSIH 4.0

Parti Sosialis Malaysia(PSM) menyokong tuntutan secretariat BERSIH 2.0 dan perancangan untuk himpunan rakyat BERSIH yang akan berlangsung pada 29hb. Ogos, hingga 30hb.Ogos, 2015 yang akan datang.

Himpunan ini dianjurkan pada scenario politik Malaysia yang amat kritikal dimana segala institusi demokrasi rakyat diserang demi kepentingan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan UMNO Barisan Nasional. Rakyat tidak lagi boleh terima segala tipu helah Najib, kerana beliau gagal membersihkan dirinya dari semua tuduhan rasuah dan salahguna kuasa yang telah mengugat politik Malaysia.


Sepatutnya Najib bertindak telus dan menawarkan dirinya untuk disiasat tetapi beliau bertindak rakus menyerang kebebasan media, institusi pencegah rasuah, kehakiman dan rakyat jelata yang mempertikaikan kewibawaannnya.

Masa telah tiba untuk rakyat Malaysia turun ke jalanraya untuk menyatakan bahawa rakyat Malaysia telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Najib Tun Razak dan Kerajaan UMNO Barisan Nasional. Najib dan Kerajaan UMNO Barisan Nasional tidak berupaya membaiki dirinya kerana telah teruk dicemari oleh pelbagai skandal, rasuah dan salahguna kuasa.

PSM menegaskan bahawa krisis politik yang melanda Malaysia kini adalah suatu krisis kegagalan sistem politik dan ekonomi Negara. Maka sistem politik neoliberal ini yang pro bisnes dan menindas rakyat perlu dirombak sepenuhnya kepada suatu cara pemerintahan baru yang pro rakyat. Justeru itu Najib dan pemerintahannya perlu berundur segera dan suatu Kerajaan peralihan perlu dibentuk untuk mengembalikan kewibawaan segala institusi demokrasi dan mengadakan PRU14 agar rakyat boleh memberikan suatu mandat baru kepada Kerajaan baru. PSM juga menerima baik kenyataan Pengerusi Bersih bahawa penukaran Najib sahaja tidak dapat menjamin penyelesaian masalah tetapi kepada penukaran sistem iaitu satu tuntutan yang lama diperjuangkan oleh PSM.

PSM percaya bahawa selain daripada suara undi pilihanraya, suara himpunan rakyat merupakan satu tindakan yang sah untuk rakyat membangkitkan hasrat mereka. Apabila sistem pilihanraya diragui dan pihak SPR masih gagal membaikinya, maka rakyat tiada cara lain selain daripada berhimpun secara aman mendesak kepimpinan Negara dan sistem yang korup untuk undur.

PSM akan bersama rakyat selama 2 hari satu malam di Dataran Merdeka mendesak perubahan tulen dan pada masa yang sama menyeru semua kepimpinan parti politik lain untuk menyertai himpunan ini sepenuhnya jika mereka benar-benar memahami hasrat rakyat untuk melakukan perubahan tulen kepada sistem politik Malaysia.

Kuasa Rakyat Menuntut Perubahan Tulen
Hidup Rakyat !
A. Sivarajan
Setiausaha Agung
Parti Sosialis Malaysia



Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.