Harapan Baru Anjur Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI'15) - Dr Mujahid Yusof Rawa

9:30 AM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA
HARAPAN BARU ANJUR NADWAH ULAMAK NAHDHAH JADIDAH 2015 (NUNJI'15).





1. Bagi memposisikan diri sebagai sebuah parti Islam baru dalam politik negara ini, Harapan Baru akan menganjurkan satu seminar yang dipanggil Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI'15) pada 15 Ogos ini.

2. Dinamakan sebagai Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah, sebagi merujuk kepada 'Kebangkitan Baru' dari sudut pemikiran Islam yang Inklusif.

3. Kami memilih tema 'Islam Dan Konsep Kenegeraan' bagi merungkaikan masalah perlaksanaan Islam dalam kerangka sebuah negara serta perundangan yang ada.

4. Ia antara lain akan membincangkan tajuk penetapan kaedah fiqh dalam operasi setempat dan lokal. Ia juga akan melihat aspek cabaran menyediakan suasana perlaksanaan syariah serta bagaimana perpindahan konsep kewarganegaraan dari kerangka fiqh klasik kepada realiti konsep warganegara dapat dilakukan.

5. Slogan untuk NUNJI'15 ini ialah 'Al- Islam Rahmatan Lil Alamin' (Islam Rahmat Untuk Semua), berpandukan kepada surah Al Anbiya ayat 107. Seminar ini akan berusaha untuk membumikannya dalam bentuk dasar-dasar negara.

6. Nadwah ini diharapkan dapat membentuk pemikiran ke arah Fiqh Malaysia dengan mengambil kira suasana kepelbagaian agama dan budaya.

7. Bagi memenuhi maksud itu, penganjur NUNJI'15 menampilkan barisan para ilmuan dan ulamak berwibawa dari dalam dan luar negara untuk berkongsi pengalaman dengan masalah yang dihadapi bersama dalam isu politik Islam dan isu kenegaraan ini.

8. Di akhir program ini, satu resolusi akan dihasilkan yang akan menjadi panduan lembaran baru kepada perjalanan politik Islam dan isu yang memerlukan kepada pendirian sikap yang jelas.

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA
Pengarah NUNJI'15
6 Ogos 2015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.