Status RM2.6 Bilion Di Dalam Akaun Najib Tun Razak - Zulhazmi Shariff

2:29 PM 0 Comments A+ a-



STATUS RM2.6 BILION DI DALAM AKAUN NAJIB TUN RAZAK.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan beberapa perkara seperti berikut :-

a) Siasatan SPRM hanya menjurus kepada wang RM2.6 bilion dan RM4 bilion berkaitan SRC International. SPRM tidak menyiasat isu 1MDB kerana ianya di bawah kendalian PDRM.

b) SPRM mengesahkan bahawa RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Najib Tun Razak oleh penderma dari timur tengah.

c) SPRM telah mengambil keterangan daripada penderma tersebut tetapi tidak boleh mendedahkan identiti penderma.

d) Wang RM2.6 bilion tiada kaitan dengan 1MDB.

e) SPRM masih meneruskan siasatan berkaitan RM2.6 bilion dan juga RM4 bilion oleh SRC International.

f) Pasukan Siasatan Khas 1MDB telah dibubarkan atas nasihat Peguam Negara.

Berdasarkan kenyataan SPRM tersebut, kita dapat lihat bahawa siasatan berkaitan skandal yang melingkari Perdana Menteri ini ialah isu yang amat besar dan sudah ada tanda-tanda campur tangan pihak-pihak tertentu untuk menggagalkan siasatan. Kenyataan SPRM selain itu menimbulkan pelbagai soalan-soalan lain yang perlu diperjelaskan.

1) Bagaimana transaksi wang sebesar RM2.6 bilion boleh dimasukkan ke dalam akaun persendirian Najib Tun Razak tanpa sebarang halangan.

2) Atas dasar apa penderma dari Timur Tengah tersebut menderma melalui akaun peribadi Najib Tun Razak?

3) Di mana wang RM2.6 bilion tersebut sekarang dalam keadaan akaun Najib Tun Razak telah ditutup?

4) Ke mana wang derma RM2.6 bilion disalurkan?

5) Kenapa Pasukan Siasatan Khas 1MDB yang dianggotai oleh Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara dan SPRM dinasihatkan dibubarkan oleh Peguam Negara?

6) Kenapa PDRM yang menyiasat 1MDB secara bersendirian?

7) Siapakah yang menganggotai Pasukan Siasatan PDRM menyiasat 1MDB?

Ini antara isu dan persoalan awal yang perlu dijawab kepada rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia sentiasa menyokong penuh usaha semua pihak terutamanya SPRM dan PDRM menyiasat dan membawa ke muka pengadilan pelaku-pelaku jenayah tidak kira siapa.

BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF
06082015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.