Surat Terbuka Kepada Tan Sri Johan Jaafar, Pengerusi Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah - Zulhazmi Shariff

3:32 PM 0 Comments A+ a-



SURAT TERBUKA KEPADA TAN SRI JOHAN JAAFAR, PENGERUSI PANEL PERUNDINGAN DAN PENCEGAHAN RASUAH.

Saya merujuk Tan Sri kepada situasi semasa di mana pasukan Polis DiRaja Malaysia sedang dengan gigih menyiasat beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan skandal wang RM2.6 bilion di dalam akaun YAB Perdana Menteri dan juga skandal 1MDB.

Sehingga hari ini kita semua maklum bahawa sudah tujuh (7) orang pegawai penyiasat SPRM termasuk seorang Timbalan Pendakwa Raya SPRM telah disiasat atas dakwaan membocorkan maklumat. Lebih dari itu maklumat mengatakan mereka telah disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.


Saya merujuk Tan Sri kepada kenyataan Tan Sri pada 7 Julai 2015 yang lepas berkaitan kejadian pegawai penyiasat SPRM diugut untuk ditangkap di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kerana menyiasat seorang Penolong Pegawai Penyiasat Polis yang didakwa terlibat dalam rasuah.

Kenyataan Tan Sri disiarkan oleh akhbar theSun pada 7 Julai 2015 tersebut di mana Tan Sri menyatakan "What happened (the incident at Sepang District Police HQ) is regrettable and totally unacceptable. MACC officers must be allowed to do their work without fear and favour and at any time of the day and anywhere"

Laporan tersebut boleh dilihat di dalam link berikut :

http://www.thesundaily.my/news/1483294

Saya ingin meminta pandangan Tan Sri dan seluruh anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM tentang apa yang sedang berlaku sekarang.

Dalam keadaan pegawai-pegawai SPRM menjalankan siasatan mereka tanpa takut dan memihak tiba-tiba mereka disiasat pula oleh pihak PDRM. Bagaimana perkara ini boleh dibenarkan berlaku di hadapan mata Tan Sri dan ahli Panel semua.

Bagaimana pegawai-pegawai SPRM hendak melakukan siasatan jika mereka sendiri sedang dan kemungkinan akan disiasat oleh PDRM?

Bagaimana mereka boleh menjalankan tugas di dalam bidangkuasa mereka jika ada pihak lain sedang mengganggu tugas mereka.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku sewenang-wenang kerana setiap agensi siasatan dan penguatkuasaan mempunyai bidangkuasa masing-masing.

Jika Tan Sri boleh mengeluarkan kenyataan tidak boleh menerima gangguan daripada Pegawai Polis berpangkat rendah, kenapa "gangguan" daripada Ketua Polis Negara boleh dibiarkan.

Saya mohon penjelasan Tan Sri dan seluruh Ahli Panel demi menjaga maruah, nama baik dan integriti SPRM seluruhnya.

BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF
06082015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.