OIC Perlu Segera Hulur Bantuan Kepada Pelarian Syria - Khalil Hadi
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
20 Zulkaedah 1436 | 4 September 2015
"OIC Perlu Segera Hulur Bantuan Kepada Pelarian Syria"
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa dukacita di atas kejadian melibatkan 11 pelarian Syria yang dikhuatiri lemas setelah dua bot dinaiki mereka karam berhampiran perairan Turki.
2. Mereka dari Kobane, Syria di mana sebahagian besar mereka dilaporkan adalah kanak-kanak dan dalam perjalanan panjang menuju ke Pulau Kos di Greece melarikan diri dari rejim Bashar Assad dan sekutunya.
3. Kejadian ini amat menyayatkan hati apabila media melaporkan penemuan mayat tiga kanak-kanak dan seorang wanita di persisiran pantai Bandar Bodrum, Mugla, Turki.
4. Dunia Islam khususnya Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) perlu mengambil iktibar dan tindakan segera serta bertanggungjawab dalam menangani masalah imigran perang yang memerlukan perlindungan politik.
5. Kita sewajarnya malu dengan tindakan pantas Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls dan Canselor Jerman, Angela Merkel yang bercakap atas semangat bangsa Eropah untuk memberi bantuan.
6. Malah terdahulu sebelum itu, Angela telah membuktikan keprihatinan negaranya membuka tempat dan memberi suaka politik kepada pelarian perang atas semangat persaudaraan Eropah.
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sila kongsi artikel ini...