1MDB Tidak Menerima RM42 Bilion Daripada Kerajaan? - Ustaz Idris Ahmad

1:15 PM 0 Comments A+ a-



1MDB Tidak Menerima RM42 Bilion Daripada Kerajaan?

Pelik tetapi benar, itulah fakta daripada buku "1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab", yang diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak menerima RM42 bilion daripada kerajaan, sebaliknya RM42 bilion dana hutang 1MDB adalah di dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk.

PERSOALANNYA. Kalau 1MDB lingkup siapa yang kena bayar. Siapa yg hendak bagi pinjam kalau tidak ada penjamin. Bukankah kerajaan yang menjadi penjamin. Makhluk mana yang bermurah hati hendak bagi pinjam, tanpa jaminan kerajaan. Rakyat tidak marah kalau wang itu daripada Bendahari Umno dan wang peribadi DS Najib dan Datin Rosmah.


Buku itu juga menjelaskan dana hutang RM42 bilion tidak lesap kerana RM18 bilion digunakan untuk pembelian syarikat pengeluar tenaga bebas, RM15.4 bilion untuk dana pelaburan, RM5.8 bilion untuk kos kewangan, RM1.7 bilion untuk kos pembelian tanah dan RM900 juta dalam bentuk tunai.

Jangan pula jawapan daripada JASA ini akan menambahkan kesan buruk kepada jatuh nilai mata wang. Memang jawapan yang dibuat oleh pihak JASA untuk membantu jentera penerangan Umno menjawab di peringkat akar umbi. Mungkin jawapan ini boleh melegakan DS Najib dan rakan-rakan yang sama waktu dengannya. Ia juga boleh meyakinkan penyokong Umno yang tegar, tetapi tidak selesa oleh mereka yang memahami selok belok perniagaan dan perakaunan.

Isu yang menjadi polimik sehingga Tun Mahathir sanggup turun ke padang untuk menyerang krebeliti DS Najib. Inilah sejarah masalah dalaman Umno sehingga Timbalan Presiden dibuang daripada TPM dan Datuk Shafie Afdhal dipecat daripada kabinet, walau pun beliau seorang Naib Presiden.

Jangan tindakan JASA menyebabkan sokong membawa rebah.

Ustaz Idris Ahmad
4 September 2015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.