Aduan Oleh PSM ke atas PDRM dan SKMM Kepada SUHAKAM
ADUAN OLEH PSM KEATAS PDRM DAN SKMM KEPADA SUHAKAM :
9 OKTOBER 2015
SALAHGUNA KUASA UNTUK MENGINTIMIDASI RAKYAT MEMUDARATKAN HAK KEBEBASAN BERSUARA
ADUAN TERHADAP POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) DAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)
Kami dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat aduan segera ini kerana risau dan bimbang terhadap tahanan ahli kami Khalid bin Mohd Ismath (No.KP 900119-10-5453) yang ditahan pada 7hb.Oktober, 2015 (Rabu) dipercayai dibawah seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Khalid Mohd Ismath telah dibawa ke IPD, Johor Bahru Selatan dan semua telefon bimbit, computer dan modemnya dirumah telah dirampas semasa menahanya. Pada hari berikutnya beliau telah dibawa ke Mahkamah majistret Johor Bahru dan dijatuhkan tahanan reman selama dua hari oleh majistret.
Tempoh tahanan reman tamat pada hari ini, 9hb.Oktober, 2015. Namun, pihak polis yang tidak menggunapakai tempoh tahanan reman ini untuk menyelesaikan penyiasatan mereka terus memohon untuk lanjutan tempoh reman tambahan 3 hari lagi. Walau bagaimanapun, selepas mengemukakan hujah bantahan oleh peguam Khalid, Majistret telah menolak permohonan ini lanjutan reman. Dengan ini, Khalid Ismath akan atau patut dibebaskan pada jam 12 tengahmalam ini.
Tindakan polis memohon lanjutan reman jelas menunjukkan niat jahat mereka untuk terus menghukum Khalid Mohd Ismath dan mengintimidasi beliau.
Kami risau kemungkinan Khalid Mohd Ismath akan dibebaskan tetapi ditahan semula oleh pihak PDRM. Justeru itu, kami dari PSM dan berpihak keluarga Khalid Mohd Ismath mendesak seperti berikut:
1. Pihak SUHAKAM, harus campur tangan dengan segera dan mendesak pihak PDRM akur pada keputusan Majistret dan membebaskan Khalid Mohd Ismath dengan segera.
2. Pihak SUHAKAM memastikan bahawa pihak PDRM tidak bertindak dengan niat jahat dan melakukan penahanan semula.
3. Pihak SUHAKAM menyuarakan penyalahgunaan Akta SKMM ini yang dengan jelas dalam kes Khalid Mohd Ismath digunakan untuk menindas kebebasan bersuara.
4. Posting Khalid Mohd Ismath tidak berupa jenayah, menghasut ataupun suatu ugutan, maka sememangnya tidak masuk akal kenapa beliau perlu ditahan dan direman. Apajua siasatan boleh dilaksanakan secara memanggil mereka yang disyaki ke balai polis dan direkodkan kenyataannya kerana Khalid Ismath sedia untuk bekerjasama.
5. Pihak SUHAKAM mengkaji penahanan ini dan penyalahgunaan kuasa SKMM dan PDRM untuk mengutarakan perkara ini kepada Kerajaan agar hak asasi dan hak kebebasan bersuara seseorang individu tidak dirampas dengan sewenangnya-wenangya.
Sekian , terima kasih .
Yang benar,
Sivarajan Arumugam
Setiausaha Agung PSM
Sila kongsi artikel ini...