Demi 1MDB, Mereka Sanggup Angkuh dan Biadap - Wan Ahmad Fayshal

9:18 AM 0 Comments A+ a-




DEMI 1MDB, MEREKA SANGGUP ANGKUHAN DAN BIADAP

Lihatlah dan bacalah sendiri bagaimana Tuan Haji CFO Azmi Arshad kita masih ingin tegakkan benang yang basah. Beliau menulis dengan penuh angkuh merendah-rendahkan titah Majlis Raja-Raja sebagai satu 'SENTIMEN"???

Ini adalah satu kebodohan yang amat durjana lagi biadap - seolah-olah Majlis Raja-Raja adalah tunggul kayu.


Apa beza cara beliau melihat Majlis Raja-Raja dengan gerombolan Anwar Ibrahim sewaktu Kajang Move? Ya lah, bagi mereka, Raja-Raja itu tunggul kayu! Sentimen saja!

Bodoh!

Titah adalah UNDANG-UNDANG! Titah bukan sebarang kata-kata yang tersembul keluar tanpa ada asas! Semua bangsat yang merendahkan titah Majlis Raja-Raja hanya nak pertahankan 1MDB adalah contoh kurang ajar yang tidak sepatutnya terzahir daripada mana-mana pemimpin politik khusus daripada UMNO yang mengaku pertahankan Ketuanan Melayu.

Walaupun Tuan Haji CFO Azmi Arshad bukan ahli UMNO, sebagai CFO sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa, beliau harus lebih beradab dan tidak "assuming" merendah-rendahkan titah sebegitu.

Malah Tuan Haji CFO Azmi Arshad juga masih cuba bersilat pulut (baca: spin) pendirian Bank Negara Malaysia seolah-olah Bank Negara TULI, PEKAK DAN BAHLUL macam beliau sendiri. It is an insult to the highest regulatory body which received their mandate from the Malay Rulers!

Sepanjang tahun beliau ratib dan pertahankan 1MDB dengan mengulangi tiada duit hilang, tiada Jho Low dan segala sampah sarap tapi beliau TIDAK SESEKALI BERANI MENGKRITIK SEMUA PENDEDAHAN THE EDGE DAN SARAWAK REPORT khususnya berhubung jejak aliran wang (money trail) yang Bank Negara AMAT-AMAT TAHU bernilai USD $1.83 BILION itu seperti yang tertera dalam carta yang dikeluarkan The Edge.

The Edge mati-matian pertahankan siasatan mereka dan sanggup masuk mahkamah untuk membongkarkan jenayah 1MDB yang telah disahkan oleh BANK NEGARA SEMALAM!

Bank Negara baru keluarkan sedikit. Ada banyak lagi yang boleh Bank Negara keluarkan. Kenyataan balas 1MDB adalah sampah dan auta, sama nilai dengan sampah kebiadapan pemikiran Tuan Haji CFO Azmi Arshadyang mempersoalkan kewibawaan titah Majlis Raja-Raja sekadar satu "sentimen".





Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.