Pemimpin Tertingi Hongkong Dituduh Rasuah dan Salah Guna Kuasa - Wan Ahmad Fayhsal

10:34 PM 0 Comments A+ a-



PEMIMPIN TERTINGGI HONG KONG DITUDUH RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA

rujuk: http://www.theguardian.com/…/hong-kongs-former-leader-donal…

Dalam dunia ni, badan pencegah rasuah paling "power" dan ada taring ialah Independent Commission Against Corruption (ICAC) yang berpusat di Hong Kong.


Baru 3 hari lepas, bekas pemimpin no. 1 Hong Kong yang bergelar Ketua Eksekutif yang langsung melaporkan kepada Beijing, iaitu Donald Tsang telah dituduh rasuah dan salah guna kuasa.

ICAC dan mahkamah Hong Kong menghantar mesej yang jelas kepada semua rakyatnya khusus di kalangan pemimpin, tak kira besar mana pun anda, kalau didapati bersalah akan diheret ke muka pengadilan.

ICAC Hong Kong amat-amat profesional dan amat-amat hebat dalam mengesan jejak rasuah dan pengubahan wang haram.

Ini yang amat ditakuti Jho Low ketika ini. Kenapa? Sebab duit 1MDB di dalam Brazen Sky Limited yang Bank Negara paksa bawa pulang itu pada awalnya diurus oleh pengurus dana (fund manager) Bridge Partners yang berpusat di Hong Kong.

Kita hanya tahu Datuk Khairuddin dan Matthias Chang ditahan SOSMA, diejek dan diperli oleh cytros. Tapi kita tahu tak apa yang mereka lapor polis di UK, Singapura dan khususnya Hong Kong?

Antaranya mereka laporkan dengan bukti tentang duit yang Bank Negara minta bawa balik itulah. (rujuk: http://sahathevan.blogspot.my/…/pms-rm-1125-billion-in-hk-t…)

Ini yang kita risau. Kita patut faham ICAC tidak akan sesekali kow-tow dengan mana-mana pihak hatta bekas no.1 Hong Kong.

Lambat laun Jho Low akan kena juga kalau tidak di Amerika, pasti di Hong Kong. Bila Jho Low kena, kita boleh agak siapa juga yang akan kena seterusnya. Sebab itu Jho Low tidak boleh dibawa balik.




Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.