PAS Kedah Tolak 'Pakatan Jerebu'

2:07 PM 0 Comments A+ a-



PAS KEDAH TOLAK 'PAKATAN JEREBU'

1. PAS Kedah menyifatkan penubuhan Pakatan Harapan peringkat negeri Kedah sebagai tergopoh-gapah, tidak mengenal realiti dan kabur serta berjerebu.

2. Hakikat yang mesti diterima ialah PAS adalah parti pembangkang yang dominan di Kedah sejak merdeka, konsisten dalam menentang Umno/BN; maka sebarang persepakatan untuk menentang Umno/BN menjadi janggal dan tidak bermakna jika tanpa penyertaan PAS.


3. Sebelum kewujudan Pakatan Rakyat (sebelumnya Barisan Alternatif) PAS bertanding di kesemua kerusi DUN di Kedah, kecuali Kota Darulaman. Apabila terjalin hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) maka PAS bermurah hati bertanding hanya 24 kerusi, selebihkan 12 kerusi diserahkan pada PKR dan DAP.

4. PKR khususnya, seharusnya menghargai jalinan kerjasama dengan PAS dan tidak bertindak terburu-buru menggerakkan Pakatan Harapan di negeri ini tanpa sebarang perbincangan dengan PAS. Tidak benar wujudnya “masalah komunikasi” antara PAS dan PKR seperti didakwa oleh Pengerusi Perhubungan PKR Kedah YB Dr. Azman Ismail kerana PAS tidak pernah dihubungi.

5. Apakah tindakan PKR itu bermaksud, kerjasama dengan PAS sudah tidak diperlukan dan mahu mencabar PAS supaya bertanding di kesemua kerusi DUN? PKR tidak wajar mengambil langkah terburu-buru tanpa menghormati persahabatan dan kerjasama yang terjalin selama ini. PKR sepatutnya menghargai sumbangan dan jasa para petugas PAS yang bertungkus lumus membantu mereka sekurang-kurangnya dalam empat kali PRU.

6. PAS Kedah tetap komited untuk menumbangkan BN dalam PRU14, bahkan telah bersiap sedia dengan jentera pilihanraya yang istiqamah. PAS Kedah merasakan peluang yang ada sangatlah cerah memandangkan penolakan sebahagian besar rakyat terhadap BN ekoran kegagalan mereka dalam pelbagai perkara. Malangnya usaha tersebut boleh tergugat jika terdapat parti politik pembangkang tertentu yang bertindak terburu-buru serta ‘buta strategi’.

7. PAS menasihatkan PKR agar jangan tersalah langkah kerana terikut-ikut dengan percaturan politik pemimpin tertentu yang mungkin boleh membawa kemudharatan lebih besar. Sedangkan percaturan politik di Kedah hakikatnya sangat mudah untuk dimanipulasi, asalkan ada keikhlasan dan kebijaksaan antara semua pihak yang bekerja untuk menumbangkan BN.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Syeikh Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah
9 Oktober 2015.



Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.