Perletakan Jawatan Sebagai AJK PAS Kawasan Kelana Jaya & AJK Dewan-Dewan , Pimpinan Cawangan

10:41 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAN AKHBAR

PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI AJK PAS KAWASAN KELANA JAYA & AJK DEWAN-DEWAN PAS KAWASAN KELANA JAYA SERTA PIMPINAN CAWANGAN-CAWANGAN DALAM PAS KAWASAN KELANA JAYA


Assalamualikum wbt dan Salam sejahtera.

Kami selaku Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya dengan ini mengumumkan perletakan jawatan berkuatkuasa 23 Ogos 2015, bersama-sama dengan 18 orang lagi AJK PAS Kawasan Kelana Jaya bagi sessi 2015-2017.

Selain itu, Timbalan Ketua Muslimat, Bendahari serta 2 lagi AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Kelana Jaya turut sama meletakkan jawatan.

Naib Ketua Pemuda bersama 2 orang AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Kelana Jaya juga meletakkan jawatan masing-masing.

Di peringkat Cawangan pula, adalah dimaklumkan bahawa 7 orang Ketua Cawangan daripada 11 Cawangan di dalam PAS Kawasan Kelana Jaya juga meletakkan jawatan mereka. Cawangan2 tersebut adalah Bandar Sunway, Kg Lindungan, SS5D, Penaga, SS19 Subang Jaya, USJ 12 dan USJ Taipan.

Daripada 11 Cawangan tersebut, majoriti Ajk di 6 Cawangan meletakkan jawatan masing-masing seperti perincian berikut:

1. Caw. Bdr. Sunway - 11 drp 12 Ajk
2. Caw. SS 19 - 8 drp 14 Ajk
3. Caw. Usj Taipan - 10 drp 13 Ajk
4. Caw. Usj 12 - 6 drp 13 Ajk
5. Caw. SS 5D - 10 drp 15 Ajk
6. Caw. Kelana Jaya - 7 drp 13 Ajk

Secara keseluruhannya, perletakan jawatan ini melibatkan sejumlah 87 jawatan di semua peringkat kepimpinan PAS Kawasan, Dewan-dewan dan Cawangan-cawangan.

Memandangkan perletakan jawatan di peringkat PAS Kawasan Kelana Jaya ini melibatkan AJK melebihi dua pertiga daripada jumlah AJK, kami dengan ini menyerahkan kepada PAS Pusat untuk mengambilalih pentadbiran di Kawasan Kelana Jaya ini.

Perletakan jawatan ini adalah bertepatan dengan masa dan waktu untuk kami menjayakan dan bersama dalam mendokong cita-cita murni melalui usaha politik Islam yang lebih kami yakini yang bersifat inklusif, progresif dan sejagat merentasi kaum, agama dan budaya.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PAS Pusat dan Badan Pehubungan PAS Negeri Selangor yang telah banyak membantu sepanjang tempoh ini. Tak lupa juga kepada semua AJK PAS Kawasan dan Dewan-dewan, Ketua dan Setiausaha PAS Cawangan serta seluruh ahli-ahli dan pendokong PAS Kawasan Kelana Jaya yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang kami diamanahkan memimpin PAS Kawasan Kelana Jaya. Sesungguhnya, kalian semua masih lagi sahabat dan teman kami.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada saf kepimpinan baru yang bakal menerajui PAS Kawasan Kelana Jaya ini kelak.

Kepada sahabat-sahabat kami yg memilih utk berhijrah bersama Harapan Baru terima kasih kerana memilih wadah baru ini. Gandakan usaha, berganding tangan, demokrasi yang sebenar mesti ditegakkan, yang miskin & yang lemah mesti dibela dan yang zalim mesti dihalang.

Mudah-mudahan kita semua akan terus beriltizam untuk terus istiqamah dengan perjuangan Islam walau dalam wadah mana kita berada.

Ir. Izham Hashim
Yang Dipertua

Omar Ahmad
Timbalan Yang Dipertua

Muzammil Hafiz
Naib Yang Dipertua

23 Ogos 2015 / 8 Zulkaedah 1436H


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.