Akaun Bank Peribadi Di Swiss: Lagi Bukti Salah Laku 1MDB - Wan Ahmad Fayhsal

1:30 PM 0 Comments A+ a-




AKAUN BANK PERIBADI DI SWISS: LAGI BUKTI SALAH LAKU 1MDB

oleh: Wan Ahmad Fayhsal

Lagi bahan bukti telah dikeluarkan oleh Sarawak Report (https://goo.gl/eb5gjz) menunjukkan bahawa akaun peribadi bank Joint Venture 1MDBPetroSaudi di bank JPMorgan di Switzerland menunjukkan pegangan JV itu serta tandatangan untuk keluar-masuk duit bagi pihak 1MDB hanya ada dan hak milik eksklusif Menteri Kewangan - DS Najib Tun Razak.

Seingat saya dulu Lim Sian See aka Eric See-To "spin" gambar Najib sekeluarga atas kapal sewa Prince Turki, Tarek Obaid dan Jho Low dengan mendakwa ianya adalah lambang hubungan "antara kerajaan" (G2G) yang Najib berjaya buat dengan anak mantan Raja Saudi.

Kalau ianya benar urusan perniagaan antara kerajaan, mengapa guna akaun peribadi (private bank) di Swiss? Di mana nama-nama "ex officio" seperti Ketua Perbendaharaan Negara (KSP) sebagai penama kedua atau ketiga dalam menandatangani urusan keluar masuk wang?

Nampaknya itu semua dikantoikan lagi bilamana borang ini menunjukkan betapa 1MDB itu diurus tadbir seperti sebuah syarikat sendiri yang Najib ada kuasa sepenuhnya melangkaui lembaga pengarah 1MDB dalam urusan pengaliran wang.

Bau hanyir bukan? (Something fishy isn't it?)

Borang "Benifical Owner's" ini penting kerana ia menunjukkan siapa sebenarnya yang pegang duit (who's pulling the purse string)) di belakang SPV. Kalau syarikat Maxis, nama Tan Sri Ananda Krishnan tidak akan sesekali keluar dalam profail syarikat SSM Maxis dan mana-mana syarikat yang ada pegangan dalam Maxis seperti Usaha Tegas Sdn. Bhd. kerana Tan Sri Ananda akan meletakkan orang kanannya Ralph Marshall dalam semua urusan berhubung Maxis, Usaha Tegas dalam mewakili beliau.

Macam Mr. CFO Azmi Arshad sering bangkitkan tentang apa bukti GoodStar milik Jho Low, ianya boleh disemak melalui borang seperti ini tetapi dalam bentuk yang sedikit berbeda iaitu borang "share-bearer company" yang ada dalam simpanan di Cayman Island.

Jangan risau Sarawak Report, The Edge, dan saya yakin Bank Negara sudah ada semua bahan bukti ini. Terpulang kepada Peguam Negara yang baru untuk buktikan kepada Allah, Rasul dan rakyat Malaysia bahawa beliau adalah seorang hamba Allah yang bertaqwa dan tidak gentar berhadapan dengan mana-mana penguasa yang menipu dan menindas bagi membawa penjenayah dan perompak wang rakyat ke muka pengadilan.





Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.