RM2.5 Bilion, Alasan Zahid Sungguh Menakjubkan? - Idris Ahmad

9:38 PM 0 Comments A+ a-



RM2.5 Bilion, Alasan Zahid Sungguh Menakjubkan?

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden Pas
23/8/15

Rakyat semakin keliru mengenai wang RM2.6 bilion. Ada yang menjawab wang ini diguna untuk parti. Menurut Datuk Abdul Aziz Kaprawi Ketua Umno Bahagian Seri Gading, wang ini untuk melawan zionis dan Dap. Datuk Seri Dr Zahid Hamidi pula memberi tiga sebab kenapa dermawan ini memberi, pertama Malaysia komited dalam mengekang keganasan, kedua kerana berpegang teguh kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah , ketiga Malaysia negara Islam sederhana dengan kewujudan masyarakat majmuk.


Kalau ini alasannya, kenapa wang ini dimasukkan terus ke dalam akaun peribadi DS Najib?. Sepatutnya wang ini perlu disalurkan terus kepada Kementerian Dalam Negeri atau Kementerian Pertahanan jika benar untuk melawan keganasan. Kalau benar wang ini diberi kerana Malaysia berpegang kuat kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, kenapa wang ini tidak diberikan terus kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk perkembangan yang lebih pesat. Alasan Zahid sungguh menakjubkan.

Memang benarlah kerana wang RM2.6 bilion, menyusahkan semua orang sehingga nilai ringgit Malaysia merudum. Pemimpin Umno yang hendak selamat dan mahu nafas yang panjang perlu mempertahankan bos, walau pun jawapannya boleh menjadi bahan jenaka. Ertinya kalau awalnya sudah masalah, maka hujungnya juga bermasalah.


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.