Fastaqim : Manifestasi Kebangkitan Pejuang - Nasrudin Hassan

1:47 PM 0 Comments A+ a-



Fastaqim : Manifestasi Kebangkitan Pejuang

Oleh : Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Setiausaha Himpunan Fastaqim (H60K)


1. Bertemu dan berhimpun adalah acara "wajib" bagi sebuah Gerakan Islam berwajah parti politik seperti PAS untuk mengeratkan ikatan ukhuwwah Fillah (persaudaraan yang dijalin kerana Allah swt) serta mengembeling tenaga untuk menyatu tindakan dan memusatkan arahan.

2. Ia juga menjadi agenda penting untuk memotivasikan seluruh ahli PAS termasuk pimpinan dan anggota biasa agar bangkit melepasi badai kemelut dan terus beristiqamah mengharungi cabaran perjuangan yang datang dari dalam dan luar.

3. Justeru FASTAQIM bukan sebarang himpunan. Tidak pula untuk berpesta dan jauh sekali untuk habiskan masa tenaga kepada perkara yang lagha dan hanyut, sebaliknya ia adalah himpunan bagi mencetuskan momentum kebangkitan PAS bersama rakyat MEMIMPIN GERAKAN PERUBAHAN ke arah membina Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat, aman, sejahtera, makmur dan diberkati serta diredhai Allah swt.

4. FASTAQIM adalah cetusan tema yang diambil dari perintah Allah swt dalam Surah Hud ayat 112 yang memberi maksud BANGUNLAH !! untuk melaksanakan seluruh titah perintah Allah swt dengan cekal mendepan rintangan, tabah meredah halangan dan istiqamah menggalas amanah perjuangan serta tidak melanggar batas syariat Allah swt.

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Bangunlah (wahai Muhammad saw) untuk teguh berjuang dijalan yang benar sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu dan juga sesiapa yang rujuk kepada Allah swt bersamamu mestilah turut berbuat demikian dan jangan melampaui batas sempadan syariat Allah swt, sesungguhnya Allah swt Maha Melihat apa yang kamu lakukan.

Surah Hud : Ayat 112

5. Wahai warga tanahair tercinta ! Bangunlah dari tidur yang panjang. Bangunlah dari leka yang mengasyikan. Bangunlah dari lalai yang merugikan. Galas tanggungjawab dan amanah perjuangan suci ini tanpa lengah justeru ia adalah arahan dan perintah Allah swt.

6. Ayuh gembelingkan tenaga, kobarkan semangat juang, pamerkan kehebatan jamaah, zahirkan gelombang kebangkitan dan julang panji perjuangan dengan penuh tawadhu' (rendah diri kepada Allah swt), menginsafi amanah warisan perjuangan Islam ini agar dilangsungkan tanpa jemu dan bosan walau cuma seketika.

👉 Temui anda semua di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan pada 17 Oktober 2015 kelak.

Sekian.


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.