Skandal 1MDB: Perletakan Jawatan Tan Sri Abdul Samad Bukan Perkara Kecil - Wan Ahmad Fayhsal

4:16 PM 0 Comments A+ a-



SKANDAL 1MDB: PERLETAKAN JAWATAN TAN SRI ABDUL SAMAD BUKAN PERKARA KECIL

oleh: Wan Ahmad Fayhsal

Kita mungkin tak kenal beliau tapi Tan Sri Abdul Samad adalah salah seorang figura besar dalam dunia korporat Malaysia. Sangat berpengalaman sebagai juruakaun dan juruaudit pernah berada di peringkat tertinggi firma seperti Arthur Andersen Malaysia (sebelum bungkus akibat skandal ENRON di US) dan E&Y. Beliau juga amat terkenal sebagai "nominee" Bank Negara dalam banyak syarikat milik kerajaan.

Beliau juga adalah mantan Presiden Malaysian Institute of Accountants dan the Malaysian Institute of Certified Public Accountants.

Jangan sesekali lupa bahawa beliau bukan sekadar ahli lembaga penasihat 1MDB. Beliau juga adalah ahli dalam panel pelaburan Tabung Haji. Ini bermakna beliau tahu keputusan penting melibatkan 1MDB dan Tabung Haji khususnya berhubung penjualan tanah TRX kepada Tabung Haji oleh 1MDB dan juga apakah beliau juga tahu berhubung Tabung Haji membeli "off market" 30% ekuiti Putrajaya Perdana Berhad (PPB) yang dijual sebaik saja Jho Low menjual PPB (yang Jho Low swastakan daripada UBG Berhad milik Taib Mahmud) kepada Datuk Rosman Abdullah (yang ditahan SPRM bersama salah seorang lagi pengarah PPB iaitu Jerome Lee sewaktu Gani Patail mengetuai siasatan 1MDB) melalui SPV Cendana Destini Sdn. Bhd (dari mana datang duit berjuta ringgit beli ekuiti PPB???).

Beliau, Tan Sri Samad, "anytime" lebih berpengalaman dan lebih tahu apa sebenarnya 1MDB dan transaksi melibatkan Tabung Haji daripada Lim Sian See dan Tuan Haji Azmi Arshad, CFO REACH Energy Bhd. yang bukan ahli UMNO malah tidak ada apa-apa kaitan dengan 1MDB tetapi seperti bekas CEO CIMB Islamic, mereka berdua ini amat-amat bersemangat mempertahankan 1MDB, mempertahankan RM 2.6 bilion "donation" dan memaki hamun, sumpah seranah ke atas Transparency International yang bertandang ke Persidangan Anti-Korupsi Sedunia (IACC) yang banyak kritik RM 2.6 bilion itu baru-baru ini.

Kalau Pengerusi CIMB, adik Najib Razak sendiri risau akan perletakan jawatan ini, kenapa masih ada yang nak tegakkan benang yang basah berkenaan 1MDB?

Boleh baca lanjut dalam laporan The Star "Up close and personal with Tan Sri Abdul Samad Alias" -http://www.thestar.com.my/Story/?file=%2F2011%2F8%2F27%2Fbusiness%2F9369398&sec=business


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.