Tragedi Mina Ujian buat Ummat Islam - Nasrudin Hassan

10:04 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media Penerangan. 33

Tragedi Mina Ujian buat Ummat Islam

Oleh : Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.


1. Al Faatihah buat seluruh jamaah yang terkorban dalam tragedi rempuhan di Mina. Sehingga kini angka yang terkorban disyakki mencecah 250 orang.

2. Takziah buat keluarga mangsa tragedi rempuhan tersebut. Saya jangka ini antara insiden terburuk yang pernah melanda jamaah haji. Kebetulan dunia masih bersedih dengan peristiwa runtuhan yang menimpa jamaah haji akibat ditimpa kren baru - baru ini.

3. Dua kejadian buruk menimpa jamaah haji di Makkah dan Mina adalah menjadi ujian yang sangat besar kepada ummat Islam tahun ini. Bukan sahaja sikap bersabar atas musibah harus dipertingkatkan tetapi juga secara ikhtiarinya, siasatan rapi mesti diambil untuk mencari punca tragedi dan sekaligus meningkatkan kawalan keselamatan memandangkan Makkah adalah tumpuan jamaah haji dan umrah sepanjang masa.

4. Kita juga mengharapkan agar pengurus jamaah haji Malaysia dapat memberi khidmat terbaik kepada jamaah haji Malaysia dan mengetatkan kawalan keselamatan mereka disamping kita terus menitipkan nasihat buat jamaah haji agar dapat mematuhi arahan semasa pihak pengurusan Tabung Haji di sana.

5. Bagi pihak PAS, kami mendoakan agar seluruh jamaah haji khasnya jamaah dari Malaysia selamat dan dapat menunaikan ibadah haji dengan baik dan sempurna. Tingkatkan kewaspadaan dan keselamatan diri dan pulang membawa haji yang mabrur.

Sekian.


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.