Insiden Rempuhan di Mina: Pemuda PAS Rakam Takziah

10:25 PM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media Rasmi
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

INSIDEN REMPUHAN DI MINA: PEMUDA PAS RAKAM TAKZIAH


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan takziah kepada semua keluarga jemaah haji yang meninggal dunia akibat rempuhan yang berlaku di Mina hari ini. Hingga saat ini, dilaporkan lebih daripada 200 orang jemaah haji telah meninggal dunia akibat insiden tersebut manakala angka tepat masih dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.

DPPM berharap agar siasatan segera dapat dilakukan oleh pihak berwajib khususnya kerajaan Arab Saudi memandangkan insiden ini adalah antara yang terburuk melibatkan jemaah haji dari seluruh dunia setakat ini. Bahkan jika dikaitkan dengan insiden kejatuhan kren tempoh hari, tahun ini boleh dikatakan merupakan tahun tragedi bagi jemaah yang menunaikan haji di Tanah Suci.

DPPM menggesa agar aspek keselamatan dapat dipertingkatkan demi keselamatan jemaah haji di masa hadapan. Post mortem secara telus dan terperinci wajib dilaksanakan segera bagi mengenal pasti punca sebenar nahas tersebut.

Takziah sekali lagi kepada keluarga semua mangsa yang terlibat dari seluruh dunia. Semoga Allah SWT mengurniakan pahala dan ganjaran yang berpanjangan atas kesabaran terhadap musibah yang dialami ini.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI SHAARI,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

Bertarikh: Khamis, 10 Zulhijjah 1436H / 24 September 2015M



Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.