Mahfuz Omar: Arul Kanda Jangan Jadi Ahmad Maslan Kedua, Lebih Baik Jadi Peserta Raja Lawak.

11:36 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media.

ARUL KANDA JANGAN JADI AHMAD MASLAN KEDUA, LEBIH BAIK JADI PESERTA RAJA LAWAK.

1. Saya terkejut Arul Kanda Kandasamy, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB yang menyatakan kesediaan untuk menerima cabaran YB Tony Pua untuk berdepan dalam temuramah langsung berkaitan isu 1MDB dengan syarat Tony Pua meletakkan jawatan sebagai anggota PAC terlebih dahulu dengan alasan bagi memelihara integriti PAC yang sedang menyiasat 1MDB bagi mengelak konflik kepentingan.


2. Yang menghairankan saya sebelum ini dikhabarkan Arul Kanda seorang yang hebat, bijak dan pintar. Mampu menjelas dan merungkai segala kekusutan 1MDB. Sepatutnya dengan keupayaan dan kebolehan yang ada pada Arul Kanda, beliau seharusnya menerima cabaran Tony Pua untuk bersemuka dalam temuramah langsung tanpa syarat. Kenapa perlu meletakkan syarat yang Tony Pua kena meletakan jawatan dalam PAC. Alasan untuk menjaga integriti tiada kaitan dengan temuramah langsung.

3. Tony Pua tidak pula meletakkan syarat yang Arul Kanda perlu meletakan semua jawatannya dalam 1MDB. Pada hal Arul juga dipanggil untuk siasatan oleh 1MDB. Kalau ikut hujah Arul sepatutnya beliau juga perlu meletakkan semua jawatan dalam 1MDB untuk menjaga integriti PAC dan mengelak daripada konflik kepentingan kerana PAC sedang menyiasat 1MDB dan Arul sendiri.

4. Saya mohon kepada Arul Kanda terima lah cabaran Tony Pua dengan penuh keberanian dan dengan kata-kata any time any place kepada Tony Pua. Orang lain tak payah duk nak sokong Arul Kanda tak ketahuan keluloi minta Tony Pua letak jawatan dalam PAC. Orang lain jangan turut bangang sama. Kalau Arul tak nak terima cabaran Tony tanpa syarat, lebih baik Arul mohon jadi peserta Raja Lawak Astro daripada jadi Ahmad Maslan kedua.

BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
31 Okt 2015/18 Muharam 1437H


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.