Selesaikan Isu Baiah Dengan Baik - Mohammad Agus Yusoff

12:01 PM 0 Comments A+ a-



SELESAIKAN ISU BAIAH DENGAN BAIK

oleh:
Mohammad Agus Yusoff

PAS sudah mengesahkan mengenakan lafaz baiah kepada wakil rakyatnya dengan menjadikan isteri sebagai gadaian. Pertanyaan saya, bolehkah isteri dijadikan sebagai cagaran untuk menjamin kesetiaan politik? Apa kaitannya antara kesetiaan kepada parti dengan talak isteri?

Bagi saya, baiah yang mencagarkan talak kepada isteri menghina kaum hawa. Baiah begitu adalah sesuatu yang buruk dan keji kerana ia boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan.


Kenyataan di atas adalah pandangan peribadi saya, yang mungkin betul dan mungkin tidak dari segi hukum agamanya.

***************************************

Jika menilai dari sudut agama pula, para ulama termasuk mufti dan hakim syarie mempunyai pandangan berbeza. Ada yang kata baiah tersebut sah dan ada yang kata tidak sah berdasarkan hujah masing-masing.

Justeru perbezaan tafsiran ini, maka tempat terbaik untuk mendapat jawapan autoritatif adalah di Mahkamah Syariah supaya Mahkamah boleh meneliti dan menimbang intipati baiah tersebut dengan adil dan saksama.

BAIAH SOAL HUKUM, BERUNDINGLAH SECARA BAIK

Jika pun saya menyatakan baiah ‘talak tiga’ ini adalah karut dan keji kerana menjadikan isteri sebagai cagaran, namun dari segi agamanya, soal baiah ini adalah isu hukum yang wajib kita imani.

Semestinya, tempat terbaik untuk menyelesaikan isu ini adalah di Mahkamah Syariah.

Jika mahkamah bukan pilihan bagi pihak yang terlibat, maka kedua-dua pihak yang bertikai perlu berbincang hal ini secara damai dan rasional. Carilah penyelesaian yang menang-menang tanpa rasa sombong dan sikap untuk membalas dendam politik.

Jangan hanya kerana kemarahan politik, institusi kekeluargaan runtuh. Jangan kerana politik, isteri dan anak-anak yang tidak bersalah menjadi mangsanya.

Ingatlah, Islam adalah agama yang adil. Semoga kita umat Islam terus bersatu.


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.