Rekod dari Jawapan Kementerian Pengangkutan di Parlimen berkaitan AES - Zulhazmi Shariff

8:01 PM 0 Comments A+ a-



Rekod dari Jawapan Kementerian Pengangkutan di Parlimen berkaitan AES.

Jawapan Kementerian Pengangkutan kepada soalan YB Hanipa Maidin pada 3 Julai 2013.

Dari 23 September 2012 sehingga 11 Jun 2013 sebanyak 673,339 saman AES telah dikeluarkan.


Dari 23 September 2012 sehingga 15 Mei 2013 Kerajaan telah membayar fi perkhidmatan (contract service fee) kepada syarikat penyedia perkhidmatan AES sebanyak RM13,550,758.00. Bayaran ini dibuat berpandukan kepada perjanjian antara Kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan.

Jawapan Kementerian Pengangkutan kepada soalan YB Khalid Samad pada 5 November 2015

Dari 23 September 2012 sehingga 30 September 2015 sebanyak 2,144 juta saman AES telah dikeluarkan.

Dari 23 September 2012 sehingga 25 Ogos 2015, hampir RM27.2 juta dibayar kepada ATES Sdn Bhd, manakala RM32.9 juta dibayar kepada Beta Tegap Sdn Bhd.

PERSOALAN.

1) Peguam Negara membekukan prosiding saman AES di Mahkamah sejak 18 Disember 2012 sehingga sekarang tetapi saman-saman masih dikeluarkan dan penerima saman masih diminta membayar kompaun. Kenapa?

2) Bagaimana perkiraan pembayaran fi perkhidmatan dikira sehingga kenaikan berlipat kali ganda sejak tahun 2013? Bayaran pada tahun 2013 adalah sebanyak RM13,550,758.00 meningkat sehinga RM60,122,080 sehingga Ogos 2015.

3) Daripada 2,144 juta saman AES yang dikeluarkan, berapa jumlah yang telah dijelaskan oleh penerima saman?

4) Mengikut jawapan Kementerian di Parlimen pada 6 April 2015, kepentingan syarikat ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd telah diambil alih oleh Irat Properties Sdn Bhd. Kenapa Kerajaan masih membayar fi perkhidmatan kepada ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd sehingga Ogos 2015?

5) Perlaksanaan AES kononnya untuk meningkatkan "perception of being caught" yang secara tidak langsung akan mengurangkan perlakuan perlanggaran undang-undang, bagaimana sejak 23 September 2012 sehingga 11 Jun 2013 sebanyak 673,339 saman dikeluarkan tetapi sehingga 30 September meningkat sebanyak 2,144 juta saman?

Jawapan Kementerian terdahulu dan sekarang menimbulkan pelbagai kekeliruan dan persoalan. Kementerian harus telus dalam perlaksanaan AES yang amat membebankan dan hanya memberikan keuntungan pada syarikat swasta.

BERANI BERUBAH.
ZULHAZMI SHARIFF
16 NOVEMBER 2015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.