Ringgit Merudum, Jangan Ikat Perut Pelajar Di Luar Negara - Ustaz Idris Hj Ahmad

12:47 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media (11)
Ringgit Merudum, Jangan Ikat Perut Pelajar Di Luar Negara.
Ustaz Idris Hj Ahmad
Naib Presiden Pas
17/8/15


Walaupun ringgit merudum berbanding USD, jangan pula memberi kesan kepada pelajar-pelajar ijazah pertama atau ijazah lanjutan yang berada di luar negara sehingga terpaksa mengikat perut. Dalam apa keadaan sekali pun, soal pendidikan, kesihatan dan pertahanan tidak boleh berkompromi. Bajet lain boleh dikurangkan tetapi tiga sektor ini tidak boleh dikurangkan.

Pihak penaja seperti JPA, MARA, Kementerian Pengajian Tinggi, Bank Negara, Amanah Raya, Petronas, TNB, Telekom, Yayasan Negeri, Pejabat Zakat dan lain-lain lagi perlu berusaha untuk memastikan pelajar tajaan mereka tidak terjejas dan terganggu. Penaja perlu menambah biasiswa dan kos sara hidup sesuai dengan perbelanjaan semasa. Jangan masih terikat dengan kadar yang lama. Tidak perlu ambil langkah untuk memanggil mereka pulang ke universiti tempatan. Biarlah mereka menghabiskan ijazah mereka tanpa perlu mengganggu kosentrasi dan emosi mereka. Pelajar yang dihantar ini adalah mereka yang cerdik dan terpilih, malahan ada kursus yang ditawarkan tidak ada di Universiti tempatan.


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.