Ku Nan Lebih Hebat Daripada Muhyidin - Ustaz Idris Hj Ahmad

8:00 PM 0 Comments A+ a-



Ku Nan Lebih Hebat Daripada Muhyidin.
Ustaz Idris Hj Ahmad
Naib Presiden Pas


18/8/15

Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa beliau tahu mengenai kedudukan wang RM2.6 Bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib. Hebat Ku Nan, beliau hanya Setiausaha Agung sahaja, sedangkan TS Muhyidin Yasin Timbalan Presiden tidak tahu mengenai status duit tersebut. Kenapa sekarang baru Ku Nan hendak mengaku beliau tahu kedudukan wang ini, setelah menjadi polimik yang besar yang melibatkan beberapa Agensi Penguatkuasa di negara ini seperti Pejabat Peguam Negara, PDRM, SPRM, Bank Negara.
Apa lebih Ku Nan berbanding dengan Timbalan Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi yang lain. Banyak yang menjadi tanda tanya mengenai wang ini yang masih tidak terjawab. Siapa yang memberi?. Apakah Bank Negara tidak tahu. Apakah polisi ini tidak terpakai kepada DS Najib?. Berapakah DS Najib membayar cukai kepada kerajaan. Kenapa Najib tidak digantung tugas untuk membolehkan siasatan. Adakah DS Najib disiasat mengenai akaun peribadi beliau.

Isu ini sudah berlalu sebulan lebih sehingga tertubuhnya Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa DS Najib telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Kalau Ku Nan sudah tahu mengenai duit ini kenapa perlu membazir masa, tenaga dan wang rakyat untuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas.

Lebih malang lagi Datuk Rahman Dahlan Pengarah Komunikasi Dan Strategik BN mengatakan Sejak awal, pasukan khas itu ditubuhkan secara tidak sah. Mereka tidak sepatutnya menyiasat perdana menteri atau mana-mana individu berkaitan hal itu. Ini satu perkara yang pelik, kerajaan yang tubuh, tiba-tiba ia anggap tidak sah pula.

DS Najib dan pemimpin BN jangan mengambil mudah isu ini. Ini bukan isu Umno, ini isu negara, isu kredebeliti kepimpinan yang memberi kesan kepada perjalanan ekonomi negara. Sanggupkah pelabur untuk datang ke negara ini jika tata kelola tidak betul. Kayu ukurnya, Ringgit semakin menjunam sudah tentu meningkat inflasi dan kos sara hidup kerana negara kita mengimport makanan lebih RM29 bilion setahun. Jangan lupa ramai ahli Umno yang terkesan.


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.