SAMM: Apa Beza Langat 2 Khalid Dengan Langat 2 Azmin?

12:29 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Umum
11 Julai 2015

Apa Beza Langat 2 Khalid Dengan Langat 2 Azmin?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor menyambut baik usaha menyambung semula penstrukturan bekalan air di Selangor. Sememangnya projek penstrukturan ini amat penting bagi negeri Selangor.

Sebagai sebuah negeri yang mempunyai kepadatan penduduk antara yang tertinggi di Malaysia, sudah pastilah permintaan bekalan air juga tinggi. Apa lagi Selangor juga merupakan negeri yang paling rendah rezab air dalam negara. Sudah pasti dengan pembangunan dan kebanjiran migrasi penduduk ke negeri termaju ini akan mengundang masalah bekalan air yang kritikal sekiranya Pemerintah terus bermain politik dalam isu bekalan air.

Namun begitu, SAMM Selangor sedikit pelik dengan pengumuman penstrukturan ini. Lama sebelum ini, Tan Sri Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar dikatakan sebagai tunduk kepada UMNO/BN apabila berkeras mahu melaksanakan projek Langat 2 dan penstrukturan air ini.

Khalid telah dipecat dan digulingkan atas tuduhan memperdagangkan dirinya kepada taikun belaan UMNO/BN termasuklah projek Langat 2 ini. Oleh itu, SAMM Selangor ingin mendapatkan penjelasan, apakah bezanya antara perjanjian Langat 2 Khalid dengan Langat 2 Azmin ini?

Jika alasan pemilikan tanah dan hak milik Loji Air Semenyih dan Bukit Nanas sahaja yang disandarkan selama ini, ia bukanlah satu alasan konkrit. Pertikaian ini sememangnya boleh diselesaikan melalui meja rundingan bukannya mengheret rakyat Selangor dalam satu drama perebutan kuasa tempoh hari.

SAMM Selangor juga meminta Kerajaan Negeri Selangor harus dedahkan isi kandungan perjanjian ini. Isi kandungan perjanjian ini penting untuk pengetahuan rakyat.

Dengan termeterainya perjanjian ini telah menjadi bukti bahawa selama ini rakyat Selangor telah dijaja dengan satu pembohongan terancang. Rakyat Selangor pasti masih belum lupa bagaimana isu Langat 2 dikatakan tidak diperlukan tetapi hari ini perkara sebaliknya berlaku.

Adakah Azmin juga telah menjual dirinya kepada Taikun UMNO/BN? Apa beza perjanjian Langat 2 yang Azmin tandatangani dengan perjanjian Langat 2 yang ditandatangani oleh Khalid?

Khairooll Anuar Almegat
Penyelaras Bersama
SAMM Selango


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.