AMK: Perjanjian Air Antara Kerajaan Selangor Bersama Kerajaan Persekutuan
PERJANJIAN AIR DI ANTARA KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERSAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Selangor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada YAB Sdr Mohamed Azmin B. Ali selaku Dato' Menteri Besar Selangor dan semua pimpinan Kerajaan Negeri di atas kejayaan memeterai dan memuktamadkan perjanjian air bersama Kerajaan Persekutuan setelah tertangguh agak lama. Kejayaan ini adalah suatu kebanggaan bagi warga Selangor.
Kami berharap selepas perjanjian ini dimeterai, masalah-masalah air yang dijadikan modal politik pihak tertentu akan berakhir. Aset air merupakan sesuatu yang sangat berharga buat warga Selangor. Sebagai negeri yang maju dan sangat pesat membangun, kejayaan memiliki semula aset air negeri pasti akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri. Semoga kejayaan ini akan menjadikan negeri ini lebih makmur dan berkebajikan.
AMK Negeri akan terus mendukung dan menyokong kepimpinan YAB Azmin Ali didalam menunaikan amanah sebagai Menteri Besar. Kami mengajak semua anggota AMK Negeri dan anak-anak muda untuk terus mengembeling tenaga dan berpadu bagi menjayakan agenda Kerajaan Negeri. Kejayaan di negeri Selangor adalah jambatan kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan di Putrajaya. Maka, tanggungjawab kita bersama untuk merealisasikan cita-cita menawan Putrajaya.
Sekali lagi AMK Negeri merakamkan setinggi-tinggi tahniah buat YAB Azmin Ali dan barisan Exco Kerajaan Negeri yang sentiasa bertungkus-lumus menjayakan perjanjian ini. Kejayaan ini adalah rahmat besar buat warga Selangor.
'Pembangunan Berkualiti Rakyat Di Peduli'
Sekian, Salam Reformasi.
Yang benar,
ZAINOL ABIDIN MOHAMED
Timbalan Ketua AMK Negeri Selangor / Ketua AMK Gombak.
11hb Jukai 2015
Sila kongsi artikel ini...