Aman Palestin berpendirian bahawa pengisytiharan rejim Zionis terhadap Aman Palestin ini adalah taktik terbaru untuk menekan rakyat Palestin agar terus hidup sengsara

8:38 PM 0 Comments A+ a-



KENYATAAN MEDIA AMAN PALESTIN

Aman Palestin merujuk kepada perkembangan terbaru dari Palestin dan wilayah 'Palestin 48' yang dijajah rejim Zionis. Pihak rejim dua minggu yang lalu mengisytiharkan Aman Palestin sebagai sebuah organisasi pengganas. Pengisytiharan ini kemudiannya telah dijadikan alasan pasukan bersenjata rejim dalam tindakan mereka merampas sejumlah wang dana Al-Aqsa Association untuk program Ramadhan, yang mana sebahagian darinya disalurkan oleh Aman Palestin hasil sumbangan rakyat Malaysia.
(Laporan berita oleh Palestine News Network boleh dicapai melalui pautan: http://english.pnn.ps/2015/07/10/israel-confiscates-money-dedicated-to-help-the-poor-during-ramadan/


Aman Palestin sebagai sebuah badan bantuan kemanusiaan antarabangsa menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. Objektif penubuhan Aman Palestin adalah untuk mengumpul dana dari rakyat Malaysia untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang ditindas secara kejam di tanahair mereka sendiri oleh penjajah Zionis Israel.

Pertubuhan kami tidak pernah sekali-kali terbabit dalam apa juga aktiviti keganasan mahupun menyokong atau memberi dana kepada mana-mana pihak bagi tujuan keganasan.

Aman Palestin menyalurkan dana dikumpulkan semata-mata demi membantu rakyat Palestin menjalani kehidupan dengan membekalkan bantuan makanan, keperluan perubatan, infrastruktur, pertanian serta keperluan asas lain yang telah dinafikan oleh pihak rejim.

Kami juga mengutuk tindakan pihak rejim Zionis yang merampas wang dana dari akaun bank milik Al-Aqsa Association. Dana ini adalah untuk program Ramadhan Charity Project 2015, di mana hampir 20,000 rakyat Palestin di tanah Palestin '48 tanpa mengira agama akan menerima bantuan dalam bentuk pek makanan, voucher makanan, jamuan berbuka puasa serta sumbangan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin. (Maklumat lanjut projek ini turut dilampirkan)

Aman Palestin berpendirian bahawa pengisytiharan rejim Zionis terhadap Aman Palestin ini adalah taktik terbaru untuk menekan rakyat Palestin agar terus hidup sengsara, iaitu dengan menyasarkan organisasi bantuan kemanusiaan seterusnya menghalang bantuan daripada disalurkan.

Kami ingin menyeru negara-negara jiran Palestin serta komuniti antarabangsa agar turut mengutuk tindakan ini dan menggesa pihak rejim menghentikan 'harrasment' mereka kepada organisasi bantuan kemanusiaan.

Aman Palestin berasa terpanggil untuk menjawab dan menyelar fitnah pihak rejim ini semata-mata demi tanggungjawab kami kepada semua penyumbang, serta untuk menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat antarabangsa.

Pihak kami tetap dengan pendirian tidak mengakui kewujudan rejim di tanah Palestin sebagai sebuah negara Israel.

Aman Palestin akan terus istiqamah dalam usaha membantu mereka yang tertindas. Semoga Allah bersama-sama kita.

Aman Palestin dengan ini menegaskan bahawa menjaga, memelihara dan membebaskan Palestin serta Masjid Al-Aqsa adalah satu perjuangan yang suci lagi murni berlandaskan kepada agama, hak-hak kebebasan dan kemanusiaan.

Aman Palestin tidak sekali kali akan berhenti dalam meneruskan perjuangan suci ini dalam memberikan bantuan, tenaga, masa dan wang ringgit kepada rakyat Palestin dalam mengembalikan hak mereka sebagai sebuah negara yang merdeka.

Aman Palestin juga akan terus menelanjangkan kezaliman, penindasan dan kekejaman zionis Israel ke atas rakyat Palestin, justeru itu dengan ini Aman Palestin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya dan masyarakat antarabangsa amnya berdiri bersama Aman Palestin memperjuangkan misi suci ini untuk membebaskan Palestin dan menyah keluar zionis Israel dari bumi Palestin.

Teruskan sokongan anda dalam menghulurkan wang ringgit, masa dan tenaga bagi tujuan yang suci dan murni ini.

Awang Suffian Awang Piut
Ketua Pegawai Eksekutif
Aman Palestin Berhad
Sabtu, 11 Julai 2015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.