"SAYA ZAHRA" - ZulHazmi
SAYA ZAHRA
Aku baca beberapa berita berkaitan seorang graduan undang-undang yang bernama #Zahra. Antaranya laporan mengatakan Zahra berkata ""Kami bukan bersendirian kerana ramai yang terseksa. Sudah tidak nampak jalan keluar, masa depan amatlah kelam dan kelabut. Kami anak Melayu sudah tidak hiraukan isu politik dan perkauman kerana apa yang lebih penting bagi kami adalah isu survival," .
Kata Zahra kami tidak hiraukan politik dan perkauman kerana yang lebih penting ialah survival. Di sinilah kesilapan Zahra. Jika Zahra tidak pedulikan politik maka yang memegang kuasa politik akan membuat sesuka hati tanpa mempedulikan rakyat dan orang2 seperti Zahra.
Untuk menjamin survival kehidupan dan mendapatkan kehidupan yang lebih baik, kita perlukan kuasa politik. Kuasa politik yang akan membolehkan kita mengubah dan memperbetulkan kesilapan pemerintah yang sedia ada. Selagi kita tidak pedulikan politik, maka pemerintah sedia ada akan terus memegang kuasa dan situasi sekarang akan terus berpanjangan.
Zahra betul apabila tidak memikirkan isu perkauman kerana perkauman hanya dimainkan oleh parti politik yang jahat. Mereka inilah yang menyebabkan Zahra dan seluruh rakyat Malaysia kecuali mereka menanggung beban.
Aku nak ajak anak-anak muda yang seperti Zahra agar mengambil tahu politik dan menggunakan hak politik untuk menentukan masa depan yang lebih baik. Negara ditadbir oleh parti politik. Jika kita tidak mengambiltahu hal ehwal politik dan membiarkan saja, kita juga menyumbang kepada apa yang berlaku.
Sekarang Umno/BN sudah tidak boleh diberi kepercayaan lagi. Zahra bercakap dengan lantang di dalam majlis yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri tetapi apa yang beliau boleh lakukan? Beliau juga terlibat secara bersesama dalam Jemaah Menteri menyebabkan keadaan negara seperti sekarang.
Justeru marilah semua anak muda bersama menentukan hala tuju negara ke arah yang lebih baik dan mengubah parti pemerintah yang sedia ada kepada yang lain yang lebih baik.
YAKINlah bahawa perubahan akan membawa kepada kebaikan.
YAKINlah bahawa yang baru lebih baik dari yang lama.
YAKINlah bahawa kita mampu melakukan dan menentukan yang terbaik untuk kita dan masa depan negara.
BERANI BERUBAH. BERSATU BERUBAH.
ZULHAZMI SHARIFF
10072015
Sila kongsi artikel ini...