Sany Hamzan: Kecam Tangkapan Polis, Lebih Baik Siasat Najib & Isteri

1:47 AM 0 Comments A+ a-



Kenyataan Media

10 Julai 2015

KECAM TANGKAPAN POLIS, LEBIH BAIK SIASAT NAJIB & ISTERI


Pemuda Gerakan Harapan Baru (GHB) hari ini mengecam prosedur tangkapan yang dibuat pihak polis ke atas saudara Nasaie Ismail.

Sungguhpun berasaskan waran tangkap yang dikeluarkan mahkamah kononnya beliau tidak hadir dalam perbicaraan sebelum ini, tangkapan yang dibuat sekitar jam 2 pagi itu masih merupakan tindakan berlebih-lebihan dan amat-amat memalukan, apatah lagi pada ketika itu beliau sedang beribadah dan berehat bersama anak-anak dan keluarga.

Atas budi bicara, pihak polis boleh sahaja meminta kerjasama saudara Nasaie untuk serah diri atau berjumpa secara baik di waktu yang sesuai memandangkan rekod beliau selama ini yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada anggota keselamatan dalam apa pun siasatan yang dibuat.

Justeru kami menggesa agar tangkapan-tangkapan memalukan atas kesalahan yang tidak seberapa ini dihentikan segera oleh pihak polis. Lebih baik tenaga dan kekuatan anggota ditumpukan untuk menyiasat YAB Dato' Sri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Datin Sri Rosmah Mansor yang dibelit skandal kewangan yang masih belum terjawab sehingga kini.

SANY HAMZAN
Penyelaras Pemuda
Gerakan Harapan Baru


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.