Salahuddin Ayub: Isu Parti Baharu yang Diputarbelit TMI daripada wawancara beliau dengan THE STAR
SALAHUDDIN AYUB PERJELAS ISU PARTI BAHARU YANG DI PUTAR BELIT TMI DARIPADA WAWANCARA BELIAU DENGAN THE STAR
Interview saya oleh The Star telah di spin oleh laporan The Malaysian Insider yang bertajuk "Plans for new Pakatan coalition on hold". Saya sedar ramai yang keliru dengan kenyataan ini dan izinkan saya memperjelaskan intipati interview tersebut.
1. GHB mengambil sikap tidak gopoh dan terburu2 untuk menubuhkan parti baru. Ianya mestilah mengambil kira kajian, pandangan semua segmen dlm masyarakat dan perhitungan politik yang konstruktif.
2. Parti baru sekiranya ditubuhkan bukan bermotifkan dendam kepada PAS. Musuh dan fokus kita adalah BN.
3. Parti baru juga tidak akan ditubuhkan atas desakan dan ihsan mana2 pihak. Parti baru dasar dan matlamatnya jelas iaitu visi kesinambungan perjuangan Islam yang wajib di perjuangan dipersada politik negara.
4. Parti baru akan mengambil pendekatan bijaksana dalam memposisikan peranan dalam memperkukukan Pakatan Rakyat.
Sekian sebagai penjelasan.
Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Pengerusi GHB
10 hb July 2015
Sila kongsi artikel ini...