Tiada Maaf Untuk Najib dan UMNO Kedah - Mahfuz Omar

4:13 AM 1 Comments A+ a-



Kenyataan media.

TIADA MAAF UNTUK NAJIB DAN UMNO KEDAH.

1.Perletakan jawatan MB Kedah oleh Mukhriz suatu yang menyedihkan rakyat Kedah.Perletakan jawatan oleh beliau kerana tiada pilihan disebabkan majoriti ADUN Umno/Bn dikatakan hilang kepercayaan terhadap beliau.


2.Dari awal lagi pendirian saya sangat jelas.Apa keperluan untuk tukar MB Kedah.Kedua ialah proses nak tukar MB pula dibuat dengan mencetuskan keresahan pada rakyat yang sedang menghadapi kemelut dan krisis ekonomi yang membawa mereka berdepan dengan beban kehidupan yang sangat teruk.Kini rakyat diheret untuk berdepan dengan kemelut dan krisis politik yang dicetuskan bagi menyempurnakan agenda melenyapkan musuh politik Putrajaya.

KEDAH KEHILANGAN PEMIMPIN BERPRINSIP.

3.Perletakan jawatan Mukhriz sebagai MB adalah kerana keberanian dan kelantangannya dalam kelembutan sifatnya menegur dan mengkritik Presiden partinya Najib yang juga berkuasa sebagai PM tanpa menghirau akibat yang bakal diterimanya.Kecekalan dan ketegasan beliau ini adalah kebanggaan rakyat Kedah khususnya dikalangan generasi muda.

4.Kini beliau menjadi mangsa kepada ketegasan dan keberanian beliau berkata benar dihadapan Presiden partinya UMNO yang bergelumang dengan segala salah laku dalam isu 1MDB,RM2.6 bilion,rasuah dan GST yang membebankan rakyat.

5.Sepatutnya lebih ramai Mukhriz yang dilahirkan di Kedah dan Malaysia.Tetapi apa yang berlaku, Mukhriz cuba dilenyapkan dari pengaruh kuasa politik dan kedudukan beliau dalam Kerajaan Negeri Kedah.Kedah kehilangan seorang pemimpin yang berdiri dan jatuh atas perinsip perjuangan untuk negeri dan rakyatnya.

6.Beliau boleh memilih jalan untuk selamatkan diri dengan menjadi pak turut dan pengikut yang setia membabi buta dan bangang kepada Presiden partinya untuk kepentingan diri.Tetapi yang dipilih ialah kebenaran dan keadilan untuk rakyat.Syabas sahabat ku Mukhriz.TIADA MAAF untuk NAJIB DAN UMNO KEDAH khususnya dan Umno seluruhnya.Ayuh semua!

PEMIMPIN ADIL DITAAT, PEMIMPIN ZALIM DIHAMBAT!

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
3 Feb 2016/24 Rabiulakhir 1437H


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.