SAMM: Menukar Perdana Menteri Mengikut Telunjuk Mahathir Bukan Penyelesaian Sebenar

12:02 AM 0 Comments A+ a-



Menukar Perdana Menteri Mengikut Telunjuk Mahathir Bukan Penyelesaian Sebenar


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyambut baik perutusan Anwar Ibrahim berhubung polemik pertembungan politik lokal dewasa ini. Sememangnya semenjak sebulan yang lalu, SAMM telah pun menggariskan sikap dan pendirian kami yang menolak Mahathir untuk sekali lagi campur tangan mencatur kepimpinan negara.

SAMM dalam kempen ‪#‎SudahlahMahathir‬ telah membawakan tema Anti-Mahathir ekoran daripada sikapnya yang menentang Perdana Menteri bukanlah ikhlas bersandarkan kepada persoalan negara ini perlu diperbetulkan sebaliknya hanya menjurus kepada usaha menyelamatkan UMNO/BN daripada tewas dalam Pilihanraya Umum yang akan datang. Mahathir bersuara bukan kerana rakyat tetapi hanya apabila kehendaknya tidak ditunaikan dan Perdana Menteri "lantikannya" gagal mengikut arahan atau menjadi bonekanya. Rakyat hanya dipergunakan semata-mata. Memang kepakaran Mahathir untuk memanipulasi keadaan demi kepentingan peribadi tetapi disadur luarnya atas nama rakyat.

SAMM juga telah berulang kali menyatakan bahawa proses menukar Perdana Menteri mengikut telunjuk Mahathir bukanlah satu pilihan yang baik sebaliknya hanyalah satu tindakan kosmetik yang sia-sia. Bergantilah walau siapa pun daripada regim yang korup, ia hanyalah sekadar menukar polisi dan modus operandi merompak khazanah negara dan menindas rakyat terbanyak.

Negara ini berada dalam keadaan ketidaktentuan. Ekonomi, politik, perpaduan antara masyarakat dan sebagainya telah menjadi sangat rapuh. Ia bukan silap seorang individu semata-mata sebaliknya kerosakan ini berlaku ekoran daripada kepincangan sistem yang terhasil daripada sebuah regim yang mekar dengan korupsi, salahguna kuasa dan kronisme.

Rakyat Malaysia secara umumnya perlu sedar akan hal ini. Jangan terus-terusan terperangkap dengan impian palsu seorang Negarawan Korup. Sudah sampai masanya seluruh rakyat bangkit dan bersatu menuntut perubahan politik demi menyelamatkan tanahair.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda SAMM


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.