ZulHazmi: Kesian - Kenapa Gopoh ?

12:56 PM 0 Comments A+ a-



KESIAN - KENAPA GOPOH?

Semalam ada sahabat-sahabat aku daripada parti lama aku mengadakan sidang media mengisytiharkan bahawa mereka akan bergerak di atas suatu platform baru iaitu Gerakan Harapan Baru yang kemudiannya insyaAllah akan didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang baru. Aku amat teruja dengan perkembangan tersebut tetapi dalam masa yang sama aku sedih dengan sesetengah orang di dalam parti lama aku yang semakin hari menampakkan perangai huduh mereka dan lebih dari itu, menampakkan ketidakcerdikan mereka.


Aku sebenarnya dah agak malas nak ambil tahu hal ehwal parti lama aku tu tetapi ada 2-3 orang sahabat masih dok mesej tanya berkaitan siatuasi terkini. Jadi aku nak tulis sikit. Tulisan aku bukan kerana sentimental atau nostalgia tetapi untuk mendedahkan kepada masyarakat dan sahabat-sahabat aku yang masih di dalam parti itu, bahawa parti itu sudah tidak relevan jika kita mahu bergerak ke hadapan.

Pertama : Dikhabarkan bahawa Setiausaha Perhubungan Negeri Selangor ada mengeluarkan kenyataan bahawa ahli-ahli parti itu yang menggerakkan penubuhan parti baru digugurkan keahlian dan meminta ahli-ahli kawasan dan cawangan yg berkaitan untuk memangku jawatan-jawatan yang kononnya terkosong akibat keguguran keahlian. Setiausaha Perhubungan yang juga sahabat aku memetik peruntukkan Fasal 13 (1)(c) Perlembagaan parti tu.

Sebenarnya Fasal 13 (1)(c) tiada kena mengena dengan keguguran keahlian. Fasal 13 (1)(c) adalah tugas Setiausaha Agung mengangkat permohonan-permohonan menjadi ahli kepada Mesyuarat Dewan Harian untuk diluluskan.

Keberhentian menjadi ahli ialah di Fasal 15 (1)(a) hingga (c) iaitu atas permintaan sendiri, dipecat atau mengisytiharkan keluar parti atau menyertai parti politik lain.

Sesungguhnya aku amat kesian kepada sahabat aku Setiausaha Perhubungan Selangor. Dia seorang peguam tetapi gagal memahami Perlembagaan parti dia dgn baik. Bukan sekadar peguam, dia juga adalah Setiausaha Perhubungan Negeri. Kalau Setiausaha Perhubungan Negeri yg juga peguam pun tak faham, apa lagi nak harap kpd yang lain.

Untuk perhatian semua, sahabat-sahabat yang bersama Gerakan Harapan Baru semalam adalah masih ahli parti itu melainkan mereka isytihar keluar parti atau dipecat. Yang boleh memecat ahli ialah Jawatankuasa Kerja Pusat atau Jawatankuasa Tatatertib. Perhubungan Negeri tiada kuasa.

Jangan lebih sudu dari kuah. Mereka juga tidak gugur keahlian kerana masih tidak menyertai parti politik lain kerana mereka hanya bergerak di atas platform NGO iaitu Gerakan Harapan Baru. Sehinggalah GHB itu didaftarkan sebagai parti politik, baru keahlian mereka gugur. Selagi mana mereka menjadi ahli dan memegang jawatan, tiada siapa boleh memangku tugas mereka.

Kedua : Timbalan Presiden parti itu nasihatkan supaya jangan lemahkan parti. Jangan la tubuh parti baru. Marilah bersama kuatkan parti. Ini suatu seruan yang amat hiba dan sedih. Di saat nak raya ni bertambah-tambah sedih.

Sebelum muktamar, mereka label, maki, cerca, fitnah dan macam-macam. Muktamar, mereka dibuang, ditendang, dinyahkan. Selepas Muktamar mereka terus dihina dengan label bahan tapisan dan sebagainya. Bila mereka putuskan untuk bergerak melalui ruang lain, mereka dipujuk dirayu kuatkan parti. Kegilaan apa yang melanda mereka ni?

Aku cuma nak ajak semua sahabat-sahabat, berhentilah dari menjadi ahli parti itu. Berhentilah memberikan sokongan kepada parti itu. Sekarang masa untuk kita terus bergerak ke hadapan. Kita UBAH pendekatan perjuangan kepada yang lebih dinamik dan terbuka. Jom bersama kita BERUBAH kepada yang lebih baik. Lupakan mereka.

BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF
14072015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.