Apa Lagi Obama Mahu? - Wan Fayhsal

7:41 AM 0 Comments A+ a-



APA LAGI OBAMA MAHU?

oleh Wan Fayhsal

Yang berbahagia Tun Mahathir, selain daripada TPPA, Presiden Of The United States (POTUS) Barrack Obama juga mahu projek janakuasa nuklear ditempatkan di negara kita.


Pada hemat saya yang telah mengkaji hal ini seperti tertulis dalam artikel ini, 1MDB daripada awal lagi dirancang untuk menjadi pemain utama janakuasa nuklear.

Baru-baru ini antara pembida luar untuk aset IPP di bawah Edra Energy yang dimiliki oleh 1MDB ialah konsortium daripada Qatar iaitu Nebras Power QSC dan juga daripada China iaitu China General NUCLEAR Power Corporation.

Kalau kita fikir TPPA pun kita gerun baca teks perjanjiannya, kita belum tengok lagi teks perundangan melibatkan nuklear yang berkali ganda lebih rumit dan kompleks.

Macam peribahasa Inggeris kata: "the devils are always in the details".

Saya pro-nuklear. Saya juga mahu janakuasa nuklear dibina di negara kita tapi biarlah prosesnya itu telus bukan main belakang-belakang macam TPPA.

Biarlah rakyat tahu apa yang ditandatangani.
Biarlah ahli parlimen faham apa yang digubal untuk akta tenaga nuklear seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air.

Janganlah Perdana Menteri seorang yang buat keputusan bersama-sama penasihat yang entah dari mana dikutip, yang hanya setia dengan imbuhan dunia, yang tiada memiliki taqwa yang tinggi kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.

Saya harap Yang berbahagia Tun Mahathir, saya amat-amat yakin boleh faham betapa negara kita ini sedang bermain dalam suatu padang permainan yang bukan milik kita, yang undang-undangnya bukan ditulis kita malah kita tidak tahu pun undang-undang tersebut berjalan seperti apa.

Oh satu lagi yang berbahagia Tun, Presiden Obama mahu lebih daripada itu.

Sekian,
Wan Ahmad Fayhsal,
Anak Muda yang Cintakan Kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara.


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.