Perjuangan Akan Tetap DIteruskan Sehingga Kebenaran Diperolehi Secara Sahih - Khairuddin Abu Hassan
PERJUANGAN AKAN TETAP DITERUSKAN SEHINGGA KEBENARAN DIPEROLEHI SECARA SAHIH
Saya akan tetap teruskan wadah perjuangan sehingga kebenaran diperolehi secara sahih manakala kalangan pengkhianat yang tidak amanah dalam memikul tanggungjawab kepada rakyat jelata harus ditangkap, didakwa seterusnya disumbat ke dalam penjara sekiranya didapati bersalah!!
Pengalaman saya berada di dalam lokap selama 24 hari dan penjara sg buloh selama hampir 36 hari telah menyuntik semangat perjuangan yang lebih kental!! Saya juga berpegang pada prinsip 'pantang anak Melayu berundur sebelum melawan' dan 'alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'!! Rasuah, penyelewengan serta ketirisan mesti dibanteras hingga ke akar umbi sekiranya kita mahukan negara ini selamat sejahtera!!
Kita harus bersikap amanah pada Allah swt dan manusia sesama manusia. Bukan tunduk dan takut pada pemimpin mungkar yang mengkhianati amanah Allah swt serta rakyat yang telah memberikan mandat untuk memerintah negara secara teramanah mungkin!!
Semua pemimpin yang korup serta tidak amanah mesti disingkirkan!!
Izinkan saya untuk meluangkan sedikit masa bersama isteri, anak-anak serta keluarga setelah 2 bulan terpisah buat seketika sebelum turun semula ke dalam gelanggang perjuangan dalam masa terdekat kelak.
Saya berikrar akan terus berjuang lawan kes skandal 1MDB secara habis-habisan pada fasa perjuangan yang seterusnya. 'Kalau takut pada ombak; jangan berumah di tepi pantai'!!
Keseluruhan pemimpin-pemimpin yang dilantik oleh rakyat harus berpegang pada aqidah agama Islam yang berteraskan kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah bukan pada kepentingan pangkat, poket serta perut!! Namun semua pemimpin hipokrit telah dikenalpasti kerana rakyat pada hari ini amat bijak menilai.
Apa jua rintingan dan risiko yang bakal dihadapi; LAWAN TETAP LAWAN!!
Biar saya terkorban sekalipun tidak mengapa kerana yang penting negara serta 30 juta rakyat terselamat dan hidup sejahtera demi membina bangsa, agama serta negara yang cemerlang lagi terbilang sepertimana di bawah kepimpinan emas era Yabhg Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun suatu ketika dahulu!!
Sila kongsi artikel ini...