Kenyataan Media Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

12:11 AM 0 Comments A+ a-



Sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, MyCARE melalui agensi-agensinya - Aqsa Syarif, i4Syria (i4S), Salam Iraq, Nusantara Care (NICE) dan Rose2Rose (R2R), telah menyusun bantuan untuk mereka yang memerlukan di Palestin, Syria, Iraq dan Myanmar (Rohingya) melalui "Kempen Raikan Ramadhan 1436H: Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka" dan "Kempen Rayuan Ramadhan" dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).




Selain membangkitkan kesedaran masyarakat tentang nasib yang menimpa warga Palestin, Syria, Iraq dan etnik Rohingya di Myanmar, kempen yang dianjurkan memberi peluang kepada masyarakat Malaysia untuk memperbanyakkan amalan sedekah pada bulan Ramadhan melalui penawaran pakej bantuan Ramadhan (sahur, iftar dan pek makanan) dan Eidul Fitri (hadiah hari raya) yang disalurkan kepada mereka yang memerlukan di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis di Palestin, di kem-kem pelarian Palestin dan Syria di Lubnan, Jordan dan Yarmouk, Syria serta komuniti muslim di Iraq dan Myanmar.




Alhamdulillah hasil sumbangan yang diterima daripada rakyat Malaysia yang prihatin sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini, MyCARE telah berjaya menyusun dan menghantar bantuan seperti butiran berikut:




1. Palestin:

a. Bantuan Ramadhan berupa sahur, iftar, pek makanan dan hadiah hari raya bernilai RM980,994.20 kepada rakyat Palestin di Gaza

b. Bantuan Ramadhan berupa iftar, pek makanan dan hadiah hari raya bernilai RM354,818.90 kepada rakyat Palestin di kem-kem pelarian di Lubnan

c. Bantuan Ramadhan berupa sahur dan iftar bernilai RM249,965 kepada rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis

d. Bantuan Ramadhan berupa pek makanan dan hadiah hari raya bernilai RM229,800 kepada rakyat Palestin di Kem Yarmouk, Syria




2. Syria:

a. Bantuan Ramadhan berupa iftar, pek makanan dan hadiah hari raya bernilai RM210,278 kepada rakyat Syria di kem-kem pelarian di Lubnan

b. Bantuan Ramadhan berupa iftar bernilai RM343,287 kepada rakyat Syria di kem-kem pelarian di Jordan dan Syria




3. Iraq:

a. Bantuan Ramadhan berupa pek makanan bernilai RM25,000 kepada pelarian Iraq




4. Myanmar:

a. Bantuan Ramadhan berupa iftar bernilai RM100,000 kepada komuniti muslim dan komuniti Rohingya di Myanmar

5. Rohingya di Malaysia:

a. Bantuan Ramadhan berupa pek makanan dan peralatan solat bernilai RM111,527 kepada komuniti Rohingya di beberapa tempat dalam negara.







Keseluruhannya, 9,736 bantuan sahur, 33,337 bantuan iftar, 12,911 bantuan pek makanan dan 3,707 hadiah hari raya telah berjaya disusun dan disalurkan kepada lebih 90,000 individu bersamaan 20,000 keluarga di Palestin, Syria, Iraq dan Myanmar. Sebahagian daripada bantuan ini diuruskan oleh pejabat Aqsa Syarif di Gaza dan rakan kerjasama NGO manakala sebahagian lagi disampaikan sendiri oleh MyCARE melalui Misi Myanmar MyCARE dan Misi Return2Aqsa4 (R2A4). Keseluruhan bantuan Ramadhan yang telah disampaikan pada tahun ini adalah sebanyak RM2,605,670.10.




MyCARE ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah menyumbang dan memberi kepercayaan kepada kami untuk menguruskan sumbangan-sumbangan anda. Tanpa sokongan, kepercayaan dan sumbangan anda, kami tidak akan mampu melaksanakan semua ini dengan jayanya.




Penghargaan juga kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), pasaraya MYDIN, rakan-rakan NGO di Palestin, Syria, Lubnan, Jordan dan Myanmar serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kempen dan bantuan Ramadhan pada tahun ini. Semoga Allah SWT menerima amal kita dan semoga mereka yang menerima bantuan dapat meraikan Ramadhan dan Aidil Fitri pada tahun ini dalam suasana penuh rahmah. 'Ibadah kita, kegembiraan mereka'.




*Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) adalah pertubuhan bukan kerajaan yang memberi tumpuan kepada aktiviti bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara. Ia mempunyai 6 agensi iaitu Aqsa Syarif, i4Syria, Salam Iraq, Nusantara Care (NICE), Rose2Rose (R2R) dan Palestine Centre of Excellence (PACE).




'Nurturing Humanity, Making a Difference'




TN HAJI IBRAHIM MOHAMAD,

Ketua Pegawai Eksekutif,

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.