Warkah ditulis khusus untuk sahabat2 Dan adik2 PAPISMA yang mungkin agak confuse dalam masalah yang melanda PAS dewasa ini
Assalamualaikum whb...
1. Warkah ditulis khusus untuk sahabat2 Dan adik2 PAPISMA yang mungkin agak confuse dalam masalah yang melanda PAS dewasa ini. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat menjernihkan keadaan Dan mudah2an memberi sedikit motivasi kepada Kita untuk terus berintima' bersama PAS walau apapun yang Akan berlaku kepadanya.
2. Saya bukanlah yang terbaik untuk memberi pendapat tetapi sekurang-kurangnya saya adalah di antara mereka yang ditaklifkan di dalam saf kepimpinan PAS Johor. Maka adalah wajar bagi saya untuk bertaaruf ringkas semoga ianya dapat membantu saudara/i Dan adik2 menilai pandangan Dan pendapat saya.
3. Saya adalah graduan perubatan UKM pada tahun 1994 Dan pascasiswazah bidang pembedahan juga Dari UKM pada tahun 2001. Mengambil subkepakaran dalam vascular surgery di Royal Perth Hospital pada tahun 2004. Berkhidmat sebagai pakar perunding bedah am Dan vaskular di HKL sehingga 2009 sebelum melangkah keluar ke perkhidmatan hospital swasta pada tahun 2009. Sekarang berkhidmat di KPJ Johor specialist Hospital Dan doktor pelawat kepada beberapa hospital di sekitar Johor.
4. Terlibat dengan Jemaah sejak Dari tahun 2 perubatan. Bersama dengan sahabat2 kampus dalam menubuhkan Ikatan Siswazah Perubatan Dan juga penubuhan PAPISMA selepas daripada itu. Pernah berada dalam saf kepimpinan PAPISMA sebelum mengundur diri. Juga terlibat dalam penubuhan GAPHOR(gabungan profesional Islam anak Johor) Dan juga bekas presidennya yang kedua.
5. Saya telah terlibat dalam pas secara aktif sejak berkhidmat di Johor walaupun telah menjadi ahli pas sejak tahun 1990 lagi. NYDP pas Johor Bahru pada tahun 2011 Dan YDP pas Johor Bahru sejak 2013. Juga berada dalam kepimpinan pas negeri Johor sebagai Bendahari PAS sejak tahun 2013 sehinggalah ditaklifkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3 pas Johor yang terpaksa saya terima selepas muktamar baru2 ini.
6. Apa yang saya hendak sampaikan ialah bahawa saya terlibat dalam kepimpinan pas Johor bersama profesional Dan ulama'. Saya terlibat dalam diskusi Dan perancangan bersama komponen Pakatan Rakyat yang sangat penting untuk Johor. Saya terlibat dalam gerakkerja pilihanraya secara langsung Dan segala perancangan pembahagian kerusi Dan masalah2 yang timbul drpdnya. Saya juga mengetahui sedikit sebanyak masalah fitnah yang berlaku dalam Jemaah Dan faktor2 yg menyebabkan ianya berlaku.
7. Sebelum 1998, ukhuwah di kalangan ahli pas sangat utuh. Gerakkerja semuanya dilakukan atas semangat cintakan Islam. Ulama' yang berceramah tanpa jemu Dan para profesional yang membantu menguatkan Jemaah kelihatan sebagai satu pasukan yg tersusun rapi. Malah ramai di kalangan Kita diberi kefahaman Islam yang Kita fahami pada masa ini melalui ceramah2 TGHH, TGNA, TG Harun Taib DLL. Samada melalui pentas2 ceramah, kaset2, CD2 Dan lain2.
8. Namun apabila DSAI dijatuhkan drpd kepimpinan kerajaan BN, berbondong2lah Rakyat Malaysia berminat menyertai PAS. Dan ia adalah daripada pelbagai jalur pemikiran Dan daripada pelbagai jalur tarbiyah. Dan ia menjadi lebih rencam ketika bayang2 kemenangan mula kelihatan semasa PRU ke 12 Dan ke 13.
9. Situasi ini memberi banyak kelebihan kepada pas Dan pada masa yang sama mula memberikan masalah kepada jatidiri perjuangannya. Ini kerana rencamnya ahli yang ramai dengan pelbagai pola pemikiran tidak dapat diatur Dan ditarbiyah supaya mencapai apa yang dikatakan wehdatul fikri Dan wehdatul Amal itu.
10. Maka mulalah Kita lihat pertembungan pemikiran dalam kepimpinan. Segala budaya yang hodoh mula dibawa masuk ke dalam pas. Fitnah memfitnah, character assasination dll telah membudaya sejak tahun 2004 lagi. Ulama'-ulama' Dan pimpinan yg berbeza pandangan disingkir Dan dihina sehingga seperti tiada sedikitpun kebaikan drpdnya. Ia berlaku kepada bekas timbalan Presiden ustaz nasha, naib presiden dato hassan ali Dan lain2. Ada yang masih beristiqamah dgn pas Dan Ada yg mula menjauhkan diri.
11. Fitnah yang melanda sekitar muktamar 2015 sebenarnya bermula sejak PRU 2013 Dan diburukkan lagi dengan Langkah Kajang yang tidak menjadi dan isu hudud di kelantan. Fitnah menjadi boneka DAP pada satu pihak sama besar dengan fitnah hendak bersatu dengan UMNO di pihak yang lain. Hina menghina dengan penuh sarkastik dilakukan dengan penuh bangga. strategi2 dilakukan oleh kedua2 pihak utk menjatuhkan kepimpinan yg tidak disukai terdedah Dan didedahkan.
12. Isu wala' terlampau diringankan di satu pihak sehingga pimpinan Utama dibodohkan Dan didungukan dalam media sosial Dan terlampau diberatkan di pihak lain sehingga tiada ruang untuk muhasabah Dan tidak boleh ada pertandingan untuk jawatan Utama Jemaah.
13. Undang2 syariah adalah sebahagian drpd perjuangan PAS. Telah diterima dlm DUN kelantan sejak 1993 tetapi dihalang perlaksanaannya oleh kerajaan pusat. Rohnya disambut setiap tahun oleh kerajaan kelantan. Kita dokong cita2 tersebut melalui kerangka demokrasi. Dan tidak pernah kita paksakan undang2 tersebut diluar amalan demokrasi. Namun berkerasnya DAP dalam menentangnya walaupun dia sedar itulah jati diri PAS, menyebabkan bermulanya melebarnya retakan hubungan antara kedua2 Parti tersebut.
14. Ia menunjukkan sikap sebenar amalan pseudodemokrasi DAP yg mendokong demokrasi bila menguntungkan partinya dan meninggalkan demokrasi bila berlaku sebaliknya. DAP tahu hak PAS utk bawa ke parlimen RUU enakmen 355. Dia juga tahu ia Akan dibahaskan Dan diundi Dan kemungkinan tidak diterima RUU tersebut sesuai dgn amalan demokrasi juga. Pada masa yang sama, PAS menerima ketidakpersetujuan DAP itu Dan tidak berasa hati sekiranya mereka menolak ketika perbahasan RUU tersebut. Namun apabila DAP memutuskan hubungan dgn Presiden Dan pada masa yg sama tetap bersama pas, permainan politiknya sudah berbeza Dan kelihatan Cuba mencorakkan perjalanan Parti PAS sendiri.
15. Pada ketika maruah Presiden dihina sebegitu rupa, ramai drpd kepimpinan tertinggi Dan ajk pas Pusat tidak menyatakan sokongan di belakang Presiden. Ada di kalangan mereka seolah2 gembira Dan Ada yg membuat kenyataan seolah2 Ada kewajaran atas tindakan DAP itu. Tidak sukar utk Kita agak apakah perasaan TGHH dalam keadaan sukar sebegitu. Itulah yang beliau luahkan ketika ucapan penggulungan di muktamar ke 60 di Batu Pahat.
16. Maka bermulah episod perancangan rapi ulama' utk menguasai kembali kepimpinan tertinggi Parti setelah mereka terkeluar drpd saf kepimpinan beberapa penggal sebelumnya. Ia dilakukan utk mempertahankan Presiden Dan jatidiri PAS. Dan natijahnya ialah apa yg Kita lihat sekarang. Masalah 'chai list' bukanlah isu Utama. Kedua2 fraksi Ada list mereka sendiri. Setiap perwakilan sudah tekad untuk memilih siapa yang perlu dipilihnya. List tersebut hanyalah utk membantu supaya tidak tersalah pangkah sahaja. Ini juga sesuai dengan apa yang telah digambarkan oleh jumlah pencalonan calon2 yg bertanding.
17. Emosi bertambah panas apabila Ada ulama2 yang terlalu ekstrim pendekatannya. Saya menolak ulama2 sebegini. Yang memunafik harakikan sahabat seperjuangan, yg melakukan demonstrasi menjatuhkan sahabat yg lain sebgmna saya menolak profesional yg kurang adabnya ketika berkomunikasi bersama Presiden.
18. Emosi ini jugalah yg dimainkan oleh sbhg ulama tadi sehingga terlahir usul meminta msu mengambil ketetapan utk berpisah dgn DAP dalam muktamar baru2 ini. Keputusan Usul tersebut tidak dibahaskan diambil oleh presiden, mursyidul am dan bbrp org yg lain kerana ditakuti akan menimbulkan suasana yg panas dan berhujah dgn emosi dan lebih merosakkan jemaah.
19. Hasilnya DAP memutuskan hubungan dgn PAS. DAP telah mengambil semua perkiraan sebelum ia membuat keputusan . Sebagai sebuah parti politik , semua keputusan dibuat utk milaege politik. DAP memerlukan beberapa undi melayu islam utk kemenangan mutlak di semenanjung. Di sini kita melihat kebijakan DAP dalam menggunakan segala kemungkinan dan kesempatan. DAP mengetahui diselangor misalnya, sokongan dap kpd pkr adalah solid tetapi tidak pas. Akan ada beberapa adun pas yg akan kekal bersama PR sekiranya PAS ditendang keluar. Sekiranya Azmin diberi kata dua oleh DAP dan DAP berkeras, kemungkinan besar PAS akan dikeluarkan. Dengan kewujudan parti islam baru, kedudukan PR mungkin kekal di Selangor. Begitu juga beberapa tempat di pantai barat. Begitulah sekurang2nya pada pandangan mereka.
20. Mungkin sebhg sahabat tertarik dengan idea tersebut disamping ispirasi dari AKP di Turki. Namun perlulah kita sedar bahawa ia tidak semudah apa yg kita fikirkan. Saya percaya sekiranya ia berlaku, PAS dan PKR akan kehilangan sejumlah besar kerusi, PAS baru mungkin akan dapat beberapa kerusi dan yang akan menang besar ialah UMNO/ BN dan DAP.
21. Sistem pilihanraya di Turki sangat berbeza dengan Malaysia. Dengan 85% Muslim dan sistem pilihanraya 'proportionate representative' byk memberi kelebihan kepada parti-parti politik di Turki dan juga di Indonesia. Di Turki misalnya, 10% undi minimum diperlukan untuk melayakkan sesebuah parti mempunyai perwakilan dalam parlimen. Di Indonesia pula tiada syarat undi minimum parti politik untuk ke Dewan Perwakilan Rakyatnya. Justeru parti-parti kecil ini yg kebanyakannya bernuansa islam boleh survive dalam pilihanraya. Dan kadangkala ia boleh berkompromi untuk bersama memerintah negara.
22. Di Turki juga, akar umbi yg cintakan islam adalah besar. Golongan islam bukan tidak pernah memenangi pilihanraya. Mereka memenanginya beberapa kali. Tetapi disebabkan sistem ultranasionalis kemalis menyebabkan golongan islam ini diharamkan oleh mahkamah perlembagaan atau diturunkan oleh kudeta tentera. Maka pencinta islam dari apa2 jalur pun terpaksa mencari alternatif yg boleh menyelamatkan kepentingan islam dan di sinilah AKP mengisi ruang tersebut.
23. Sistem pilihanraya di Malaysia sangat berbeza. Dengan pengundi islam yang lebih kurang 50% terpecah kepada umno, pas dan pkr di semenanjung. Pengundi tegar pas pula mungkin sekitar 20% atau mungkin kurang lagi. Sistem nya yang 'first past the post' tidak memungkinkan parti-parti kecil utk terus hidup. Ia berlaku kepada UMNO dan ia juga berlaku kepada PAS.
24. Parti Islam Baru(PIB) akan cuba mengisi ruang2 yang PAS kekurangan kata sebhg pimpinan yg rapat dengan saya. Oleh kerana Johor dilihat sangat progresif gerakan islamnya, negeri ini telah dijadikan fokus gerakan parti islam baru tersebut. Masalahnya parti ini nanti akan menyertai pilihanraya di kawasan mana untuk terus hidup dan mendapat sokongan rakyat. Kalau ia bertanding di kawasan DAP atau PKR, maka ia satu nilai tambah kepada gerakan islam dan Penubuhannya perlu disokong. Tetapi secara logiknya, PIB akan bertanding di beberapa kawasan yang PAS bertanding dulunya terutama di kawasan non Muslim 40%.
25. Secara logiknya juga bila PIB ditubuhkan, PAS akan terkeluar drpd PR atas desakan DAP. PAS akan bersendirian berhadapan dengan PR dan BN. Logiknya juga PAS akan bertanding di kerusi yg PAS bertanding dahulunya dan melawan PIB di beberapa kerusi semestinya dan kemungkinan juga berlawan dengan PKR di beberapa kerusi yg lain. Pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan. Bila ini berlaku beberapa kerusi PKR dan PAS boleh dimenangi oleh UMNO semula. UMNO dominan kembali dalam BN dan lebih kuat dan DAP akan lebih dominan dalam PR. walaupun begitu bacaan politik ini tidak menambil kira perpecahan dalaman yg berlaku pada UMNO yg juga berpecah kepada 2/3 golongan. Kita belum pasti kemana ahli2 umno akan menunjukkan protesnya samada memberi undi kepada PAS yang berjiwa islam dan pada masa yg sama mempunyai akar bangsa yg perlu dipertahankannya atau kepada PR yg agak liberal itu.
26. Parti PIB akan menjadi parti kecil yg berjiwa islam dalam PR yang sekular dan agak liberal. Apabila parti islam tidak dominan, agak mudah ia dipinggirkan oleh pemain utama. Walaupun asasnya utk memperjuangkan negara yg lebih adil dan saksama, yang dsbgnya, namun percaturan politik berasaskan bangsa masih lagi menghantui semua parti politik di Malaysia. Kesukaran PKR untuk membuat keputusan atas desakan DAP juga atas faktor survival melayu di Selangor.
27. Secara tidak langsung, kita takuti tangan2 yang membina jemaah ini pada satu ketika, tangan2 inilah yang akan meruntuhkannya dalam keadaan kita tidak sedari.
28. Atas2 faktor inilah saya yakin penggerak2 papisma perlu tetap bersama dalam pas dan malah memperkuatkannya. Pimpinan akan berubah mengikut kesesuaian dan sentimen. Itulah dinamiknya PAS. Bukanlah kerana puak profesional atau ulama tetapi atas sebab dasar dan feqah politik yang pas perjuangkan.
Dr Mohd Mazri Yahya
Sila kongsi artikel ini...