PSM: Pendekatan Ah Long Memudaratkan Kesihatan Rakyat Malaysia
PENDEKATAN "AH LONG" MEMUDARATKAN KESIHATAN RAKYAT MALAYSIA
20 July 2015
Garis Panduan Fi 2014
Pada 29/12/2014, Kementerian Kesihatan mengeluarkan satu “Garis Panduan Pelaksanaan Caj Baru Bagi Warga Asing Perintah Fi (Perubatan) 2014”, yang menetapkan caj-caj bagi sesiapa warga asing yang mendekati klinik atau hospital kerajaan. Fasal 10 dalam Garis Panduan ini mewajibkan kakitangan kerajaan melaporkan sesiapa pekerja asing yang tiada ada dokumen perjalanan yang sah kepada pihak polis ataupun imigresen.
Kenyataan Akhbar GMPPK (Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan)
Pada 12/2/2015, GMPPK (Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan) telah menngeluarkan satu kenyataan akhbar yang menegaskan:
- Garis Panduan ini wujudkan halangan terhadap pekerja asing yang ingin datang ke klinik ataupun hospital kerajaan untuk rawatan;
- Oleh kerana ini, penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi yang memuncul di kalangan pekerja asing tidak akan dikesan dan dirawat dengan segera;
- Ini akan menjejaskan kesihatan warga asing dan juga warga Malaysia.
Oleh kerana kesemua ini, GMPPK telah pohon, pelaksanaan Garis Panduan Fi ini ditangguh sehingga perkara-perkara berkaitannya dapat dibincang secara dalam.
Surat GMPPK kepada Menteri Kesihatan
GMPPK telah menghantar, dengan tangan, sepucuk surat ke Pejabat Menteri Kesihatan di Putrajaya pada 10.3.2015, dan meminta tarikh berjumpanya untuk berbincang kesan-kesan Garis Panduan ini. Tetapi Menteri Kesihatan enggan menetapkan tarikh untuk berjumpa dengan NGO-NGO yang menganggotai GMPPK. Malah langsung tidak menjawab soalan.
Statistik Tibi
- Tibi masih merupakan penyakit berjangkit yang membunuh paling ramai orang di Malaysia. Pada tahun 2014, 1590 pesakit tibi telah meninggal dunia akibat penyakit mereka. Ini bermakna lebih kurang 8% daripada pesakit tibi mati akibat penyakit berjangkit ini.
- Pada tahun 2014, lebih daripada duapuluh empat ribu kes baru tibi (24,711) dikesan di Malaysia berbanding 10,000 kes dalam tahun 1990. Ertinya bilangan kes baru tibi telah meningkat dari tahun ke tahun dalam 25 tahun yang lalu ini. (Untuk memahami perspektifnya, pada tahun 2011, Amerika Syarikat dengan bilangan penduduknya yang 9 kali lebih besar daripada Malaysia, hanya menemui 10,528 kes baru tibi di negara mereka).
- Kadar kes tibi adalah jauh lebih tinggi di negara-negara asal pekerja asing kita
Malaysia 81 kes baru setahun setiap 100,000 penduduk Malaysia (81/100,000)
Bangladesh 360/100,000
Indonesia 430/100,000
India 2000/100,000
- Pada tahun 2014, tiga puluh lapan ribu (38,066) pekerja asing telah gagal pemeriksaan perubatan tahunan mereka (Fomema) dan mereka dihantar balik ke negara asal mereka. Antara yang gagal itu, 17,891 ataupun 47% gagal kerana dikesan mengidap tibi. Tetapi hanya 2 juta pekerja asing sah yang hadiri pemeriksaan perubatan tahunan. Wujudnya 2 juta lagi “PATI” yang tidak menjalani pemeriksaan perubatan sebelum datang ke Malaysia dan juga semasa berada di Malaysia.
Semakan Kehakiman
Oleh kerana semua isu-isu yang telah dihuraikan di atas, Dr Jeyakumar selaku Ahli Parlimen Sg Siput, Setiausaha GMPPK dan juga seorang rakyat Malaysia yang terasa kesihatannya dan juga orang awam diancam oleh tindakan kurang bijak pihak Kementerian Kesihatan, telah menfailkan semakan kehakiman.
Tuntutan semakan kehakiman ini adalah untuk
- mengisytiharkan bahawa Garis Panduan Fi 2014 ini adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip kesihatan umum dan memudaratkan kesihatan umum rakyat Malaysia;
- menangguhkan pelaksanaan Garis Panduan Fi 2014;
- mengarahkan Kementerian Kesihatan untuk mengadakan perbincangan dengan pakar-pakar kesihatan dan epidemiologi, termasuk NGO-NGO yang menganggotai GMPPK, terhadap kesan-kesan Garis Panduan tersebut, dan cara mengubahsuaikannya.
Dr Jeyakumar diwakili oleh Messrs Malik Imtiaz Sarwar, E3 Tmn Tunku Appts, Tmn Tunku, 50480 Kuala Lumpur.
Untuk maklumat selanjutnya hubungi Dr Jeyakumar – 019 5616807. Dr Jeyakumar adalah Ahli Parlimen Sungai Siput dan Ahli Jawatankuasa Pusat PSM
Oleh,
Dr.Jeyakumar Devaraj
Ahli Jawatankuasa Pusat PSM/Ahli Sekatariat GMPPK
019-5616907
Sila kongsi artikel ini...