SAMM: Baiah PAS pertaruh Isteri ? Haji Hadi harus perjelas..

3:40 AM 0 Comments A+ a-



Baiah PAS pertaruh Isteri ? Haji Hadi harus perjelas..

Merujuk kepada kenyataan Ketua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun yang dilaporakan oleh media tempatan yang boleh dicapai di sini (http://goo.gl/EZkrSY) yang mengingatkan mana-mana Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS khususnya dari Kelantan mengenai sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri masing-masing sekiranya berhasrat meninggalkan parti itu dan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Fatah dilaporkan menyatakan baiah seperti ini sudah diamalkan sejak 1990 lagi dalam PAS.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius perkara ini. Jujurnya lama sudah dengar mengenai baiah yang mengikat PAS sebelum ini namun SAMM sangat terkejut mendengar pengesahan pemimpin PAS mengesahkan kewujudan baiah yang menjadikan wanita sebagai taruhan. Ia tindakan kolot seperti zaman gelap sebelum kedatangan Islam.

PAS sentiasa mahu melebelkan dirinya gerakan Islam maka jika ini benar wujud maka ini merupakan fitnah terhadap Islam dan penghinaan kepada wanita itu sendiri.

Berdasarkan sirah Islam itu datang membawa sinar ditengah - tengah zaman 'kegelapan' Mekah. Islam datang mengangkat martabat wanita dari menjadi bahan dagangan, barang taruhan kepada satu tahap kemuliaan yang tinggi.Al-Quran sendiri dan hadis bukans edikit membicarakan wanita sepanjang masa contohnya Surah an-Nisa’, an-Nur, at-Talaq dan lain-lain menggambarkan keprihatinan Islam terhadap martabat wanita.

Pernah suatu ketika Sahabat bertanya kepada Rasulullah saw,

“Wahai Rasulullah, siapakah di antara manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanyanya lagi. “Ibumu,” jawab beliau. Kembali orang itu bertanya, “Kemudian siapa?” “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanya orang itu lagi. “Kemudian ayahmu,” jawab Rasulullah. (HR. Bukhari dan Muslim) begitulah martabat wanita di mata Islam

Dalam satu hadis riwayat (HR) Tirmidzi dan Ibnu Majah di mana Rasullullah di akhir kehidupanya dan ini berlaku pada haji Wada dimana dalam hadis tersebut menyebut dengan jelas antaranya "berbuatbaiklah kepada wanita, ...kalian tidak berkuasa terhadap mereka (isteri) kecuali bila mereka melakukan perbuatan nista. Jika mereka melakukannya tinggalkan mereka ditempat tidur dan (jika tidak berhenti nista) pukullah tetapi jangan melukai. Jika dia mentatati kalian janganlah berbuat aniaya terhadap mereka..... akhir hadir tersebut diingatkan sekali lagi Ketahuilah hak mereka ke atas kalian adalah kalian berbuatbaik ke atas mereka...."

Begitulah Islam mengangkat martabat maka amat tidak masuk akal untuk sebuah gerakan Islam (kononya) tetapi sebaliknya menjadikan wanita sebagai taruhan dalam baiah mereka.

Amat kecewa sekali Abdul Fatah dalam nada sinis pernah menyuarakan mengenai perkara itu melalui status Facebook dengan mengandaikan bahawa akan ada ramai isteri wakil rakyat PAS Kelantan yang bakal menjanda. Dalam keadaan rakyat dihimpit perbagai kemelut pemimpin PAS boleh hanya berfikir berkisar perkara ini

Apa dalil yang membenarkan perkara ini berlaku, amat kecewa Presiden PAS yang juga kononya orang yang berjawatan dalam organisasi Ulama dunia menghalalkan kerja buat menjadikan wanita bahan taruhan ini ?

Amat pelik juga jika ini benar bagai mana calon wanita yang mewakili PAS hendak berbaiah, adakah mereka akan menceraikan suami mereka ?

Hj. Hadi harus tampil menjelaskan perkara ini sama ada ia benar atau tidak dan jika ia benar ia perlu dihentikan dan PAS harus meminta maaf kepada kaum wanita keseluruhannya. Jika tidak SAMM melalui segmentasi Wanita Muda SAMM akan menggerakkan satu kempen khas dan PAS harus dihukum kerana penghinaan terhadap Wanita dan fitnah terhadap Islam ini.

kepada bukan Islam harus meluhat perkara ini dengan bijaksana, baiah yang memperjudikan wanita sebagai taruhan ini bukan amalan Islam. Islam agama yang hadirnya mengangkat martabat wanita.

Sekian.

cheGuBard
Pengasas SAMM

20 Julai 2015


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.