Sebelum tanya Izzah, Zahid harus tunai janji - che'GuBard

9:53 AM 0 Comments A+ a-



Sebelum tanya Izzah, Zahid harus tunai janji
Kenyataan Umum

22 November 2015


SEBELUM TANYA IZZAH, RAKYAT TUNTUT JANJI ZAHID

Apabila melihat gambar Nurul Izzah Anwar bersama Jacel Kiram (anak kepada individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu yang pernah terlibat dalam tragedi pencerobohan Sabah, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sudah menjangkakan ia akan mencetuskan isu.

Gambar tersebut benar - benar dipergunakan sepenuhnya oleh beberapa pihak untuk kepentingan tertentu malah ada yang tampil membuat laporan polis. Bukan sahaja itu ada menteri juga membuat kenyataan berkenaannya.

Sebenarnya ia bukan satu isu besar jika ia dijelaskan secara betul. Gambar tersebut dirakamkan dengan permintaan Jacel Kiram untuk bergambar bersama ketika Izzah dan Jacel bertemu dalam program anjuran Council on Philippine Affairs & The Asian Institute For Democracy. Program itu juga anjuran bersama Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filippina. Program ini diadakan khas untuk menyokong laporan UN Working Group on Arbitrary Detention yang menggesa pembebasan Anwar Ibrahim.

Jika ia salah maka kesalahan itu sama tarafnya dengan pertemuan dan bergambarnya Perdana Menteri Malaysia dengan Ketua negara haram Israel yang mana mereka hadir bersama dalan satu persidangan.

Bagi SAMM ini sudah menjelaskan mengenai gambar Izzah dan Jacel Kiram tersebut.

Namun jika merujuk mengenai tragedi pencerobohan Lahad Datu 2013 yang harus diingat ialah hutang Zahid Hamidi yang ketika itu merupakan menteri pertahanan.

Ketika tragedi itu, SAMM sendiri menghantar sukarelawan dan deligasi ke kawasan konflik. (Klik sini) Memang banyak kecurigaan dan misteri tidak terungkai.

Namun yang harus diingatkan bahawa laporan media 26 April 2013, Zahid Hamidi dengan jelas menyatakan bahawa kononya dia sudah memiliki butiran mengenai 3 nama pemimpin pembangkang yang menjadi dalang pencerobohan tersebut.

Namun apabila di desak beliau agak panik dan mencari alasan sudah menyerahkan nama tersebut kepada Peguam Negara dan akan mendedahkan selepas kes ini ke mahkamah. Namun setelah satu tempoh masa Zahid masih gagal mendedahkan dia panik kerana masih gagal mendedahkan maka dia sebut dengan jelas akan dedahkan hanya selepas pilihan raya Umum ke 13 kerana tidak mahu dijadikan isu politik.

Kini sudah hampir 3 tahun tetapi Zahid masih gagal dedahkan. Jelas Zahid telah menjadikan isu Lahad Datu sebagai sebagai modal politik PRU lepas tanpa rasa simpati dengan mangsa dan bertanggungjawab terhadap apa terjadi.

Hingga kini Zahid menipu untuk mendedahkan nama 3 pemimpin pembangkang yg konon dia tahu menjadi dalang. Yakinlah dia akan terus mengelak kerana dia menipu dan mengambil kesempatan politik terhadap apa terjadi.

Zahid didesak tampil menjelaskan. SAMM jelas amat kecewa dengan sikap Zahid dan kerajaan Bn keseluruhannya dalam menangani perkara ini.

Bagus juga isu gambar Izzah - Jacel Kiram ini muncul sebab ia menginatkan kita kepada Zahid yang menipu.

che'GuBard
Pengasas SAMM


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.