Menilai Hujah Balas Peguam Negara Berkenaan 1MBD: Satu Analisa Ringkas - Wan Ahmad Fayhsal

8:33 PM 0 Comments A+ a-



MENILAI HUJAH BALAS PEGUAM NEGARA BERKENAAN 1MDB: SATU ANALISA RINGKAS

Oleh Wan Ahmad Fayhsal

Hari ini Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali telah mengeluarkan kenyataan balas terhadap dakwaan jenayah yang Bank Negara buat minggu lalu terhadap 1MDB di bawah Exchange Control Act 1953 (ECA). Bank Negara telah berhujah bahawa maklumat yang 1MDB “adalah sama ada tidak tepat atau tidak lengkap.” (knowingly or recklessly making a statement which is false in a material particular)

(rujuk siaran akhbar Pejabat Peguam Negara: http://www.agc.gov.my/…/BANK%20NEGARA%20MALAYSIA%2013OCT201…)

(rujuk siaran akhbar Bank Negara: http://www.bnm.gov.my/index.php…)

Hubungan tidak lengkap itu adalah berkaitan dengan borang 09A dan 06B yang 1MDB telah isi untuk menghantar duit 1MDB ke luar (remittance) melalui Deutsche Bank pada tarikh:

(1) 29 September 2009,
(2) 6 September 2010
(3) 20 May 2011.

Daripada situ, Peguam Negara berhujah bahawa 1MDB tidak melakukan kesalahan di bawah ECA [paragraph (4)(b) of Part 1 of the Fifth Schedule] kerana maklumat yang 1MDB lampirkan dalam borang 09A dan 06B tidak menuntut kepada:

a) menyatakan nama kepada pemilik sebenar (beneficial owner)
b) menyatakan nombor bank akaun penerima pemilik sebenar
c) cara bagaimana wang itu disalurkan.

Peguam Negara juga berhujah memandangkan tiada sebarang permintaan khusus daripada Bank Negara untuk menyatakan (a), (b) dan (c), maka 1MDB tidak boleh dipersalahkan kerana 1MDB telah memenuhi syarat borang 09A dan 06B tersebut.

ANALISA:

Penulis ingin merujuk kepada laporan lengkap The Edge bertarikh 20 Julai 2015 bertajuk “Bagaimana Jho Low dan PetroSaudi bersekutu untuk mencuri duit daripada rakyat Malaysia melalui 1MDB” (How Jho Low & PetroSaudi schemed to steal money from the people of Malaysia via 1MDB).

(rujuk: https://www.scribd.com/doc/272024142/20150720-FD-19-22-C…)

Dalam laporan tersebut, The Edge telah membentangkan gambar besar transaksi dan penghantaran duit 1MDB ke luar negara yang kini menjadikan Bank Negara dan Pejabat Peguam Negara berbeza pendapat secara amat tegang.

Berdasarkan tiga tarikh yang diberikan, ada persamaan (dengan sedikit jarak masa) dengan apa yang The Edge telah lakarkan dalam muka surat 20 dan 21 laporan tersebut di mana dijelaskan terdapat tiga transaksi ke luar (remittances) yang 1MDB lakukan melalui Deustche Bank.

Berdasarkan laporan The Edge ini yang Bank Negara juga telah memilikinya (seperti dimaklumkan oleh The Edge sewaktu Tan Sri Gani Patail masih mengetuai siasatan Khas 1MDB), penulis berpendapat pendirian tegas Bank Negara untuk mendakwa 1MDB kerana perilaku jenayah di bawah ECA yang menuntut kepada pemulangan wang penuh pelaburan ke luar oleh 1MDB sebanyak USD $1.83 bilion itu bukan kerana melibatkan maklumat tidak lengkap borang 09A dan 06B, sebaliknya kerana wang tersebut telah disalurkan ke akaun yang pemilik sebenarnya tiada kena mengena dengan 1MDB atau rakan usahasama 1MDB iaitu PetroSaudi International.

Seperti dalam rajah, garisan berwarna hijau menjelaskan aliran wang 1MDB melalui Deustche Bank masuk ke akaun milik sebuah syarikat bernama Good Star Limited (Seychelles) di sebuah bank akaun di Switzerland iaitu dRBS Coutts Zurich (no. akaun: 11116073).

Penulis berpendapat Bank Negara ingin persoalkan bahawa pemilik sebenar (beneficial owner) kepada syarikat Good Star Limited (Seychelles) itu adalah seorang lelaki yang kini dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Selain daripada itu, penulis berpendapat, seperti dilaporkan oleh The Edge, Bank Negara juga mempersoalkan cara wang pelaburan 1MDB dilakukan dalam beberapa siri transaksi dengan PetroSaudi International yang menggunakan beberapa entiti istimewa (special purpose vehicle [SPV]) yang berpengkalan di pusat kewangan luar persisiran pantai (offshore financial centre) seperti Seychelles, Cayman dan British Virgin Islan (BVI) untuk melaburkan wang 1MDB ke dalam bentuk perniagaan yang meragukan.

Kesimpulan: seperti dilaporkan dengan rinci oleh The Edge, 1MDB telah ditipu oleh Jho Low menggunakan teknik perniagaan dan kewangan (financial enginerring) yang rumit. Atas kecuaian pihak pengurusan 1MDB, pihak Bank Negara telah mengeluarkan arahan langsung untuk membawa pulang USD $1.83 bilion yang Jho Low telah ambil daripada rakyat Malaysia dan beliau juga telah disyaki melakukan pengubahan wang haram (money laundering) daripada wang 1MDB yang menjadikan 1MDB kini sarat dengan beban hutang yang besar.


Sila kongsi artikel ini...

Recent Posts Widget

.

.