Kenapa Majlis Raja-Raja, Bank Negara Dan SPRM Berani Melawan - Wan Ahmad Fayhsal
KENAPA MAJLIS RAJA-RAJA, BANK NEGARA DAN SPRM BERANI MELAWAN
oleh
Wan Ahmad Fayhsal
Ada persamaan antara ketiga-tiga institusi ini dalam soal 1MDB: semuanya memberi isyarat yang jelas bahawa pesalah perlu di bawa ke muka pengadilan.Minggu lepas saya ada bertemu dengan salah seorang tokoh besar. Saya tanya beliau pandangan Majlis Raja-Raja terhadap 1MDB. Faham ke Raja-Raja kita pasal 1MDB?
Beliau jawab, kalau Raja-Raja tak faham bagaimana para baginda boleh titah dalam kenyataan akhbar berbunyi "jika terbukti terdapat sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, maka Kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat."
(Rujuk titah lengkap: http://www.majlisraja-raja.gov.my/index.…/…/kenyataan-akhbar)
Ini bermakna Raja-Raja kita selari dengan Bank Negara dan SPRM, TELAH MEMAHAMI memang ada KESALAHAN dan PESALAH.
Sebab itu Bank Negara tanpa ragu-ragu menggunakan kuasa yang ada untuk menarik semula kebenaran pelaburan 1MDB dan minta 1MDB bawa pulang secara SPESIFIK USD $1.83 BILION. Dalam bentuk TUNAI (CASH) lagi!
Kita harus tanya kenapa Bank Negara minta USD 1.83 bilion? Kenapa tak genapkan saja kepada USD 1.8 bilion atau dalam ringgit? Dan kenapa dalam CASH??
Congakan saya ialah kerana USD 1.83 bilion itu adalah nilai yang paling tepat seperti dijelaskan The Edge yang mana semua bukti berkenaan transaksi dan "money trail" tersebut mampu berdiri teguh untuk disemak balas dalam
Laporan siasatan The Edge ini adalah yang terakhir, muktamad, siap dengan diagram lengkap "money trail" dan diserahkan kepada Bank Negara, SPRM, dan Polis sebelum Kementerian Dalam Negeri (KDN) gam The Edge selama 3 bulan.
(Rujuk: http://www.themalaysianinsider.com/…/jho-low-petrosaudi-sch…)
USD $1.83 bilion. Exact. Precise and no room for conjecture. Able to withstand the scrutiny of the court.
Dan laporan inilah saya fikir Majlis Raja-Raja jadikan sandaran mengeluarkan titah tegas. Bank Negara dan SPRM pun sama menggunakan laporan The Edge ini. Begitu juga Datuk Khairuddin dan Matthias Chang yang kini ditahan di bawah SOSMA.
Bagi yang bising-bising minta bukti dan alasan bagaimana pengubahan wang haram berlaku guna duit 1MDB oleh Jho Low, sila baca ulasan ini: http://dinturtle.blogspot.my/…/ooooooh-patutlah-bnm-arahkan…
Tak perlu risau sebab 1MDB dah sahkan dokumen bocor itu adalah benar dan buka palsu seperti didakwa Melanyi dan Rahman Dahlan sebelum ini.
Sila kongsi artikel ini...